Siakap Keli

Solat Sunat Aidilfitri Dibenarkan, Kehadiran Jemaah Ditetapkan Tak Lebih 20 & 50 Orang Ikut Saiz Surau & Masjid

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan bahawa solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan.

Pun begitu, kehadiran jemaah mestilah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1, 000 jemaah.

Had bilangan jemaah itu juga sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

Tidak cuma itu, operasi rumah ibadah bukan islam juga akan diperketatkan.

Langkah-langkah ini dilaksanakan susulan daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan media mengingatkan  bahawa gelombang ketiga yang sedang dihadapi pada ketika ini lebih ganas dan kritikal. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar menghadapinya dengan penuh disiplin.

Kenyataan Media YAB Perdana Menteri.

Posted by Muhyiddin Yassin on Monday, May 10, 2021

Sumber: Muhyiddin Yassin

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.