LONDON- Pasukan penyelamat berjaya ‘membebaskan’ ikan paus yang tersekat di tali air Sungai Thames, London lapor CNN hari ini.
Paus minke muda itu dilihat sekitar jam 7 malam waktu tempatan semalam, tersangkut di Sungai Thames.
Pakar mamalia laut dari Penyelamat Kehidupan Laut British Divers berjaya membebaskan mamalia itu selepas beberapa jam. Namun, ikan paus itu tergelincir dan kini keberadaannya tidak diketahui, kata jurucakap Penguasa Pelabuhan London kepada CNN.
Whale at Richmond Lock Bridge 🐋 #riverthames #richmond #whale pic.twitter.com/JhiUSU9pCA
— David Kors (@dkfitldn) May 9, 2021
Selain itu, punca tergelincirnya ikan paus itu dilaporkan kerana air pasang dikawasan itu.
Paus yang dianggarkan berukuran sekitar 10 hingga 13 kaki itu, berkemungkinan berenang menyusuri sungai utama London tanpa disedarinya dan kini berjauhan dengan habitatnya.
“Paus ini hidup di utara Laut Utara,” kata jurucakap Martin Garside.
Di samping itu, paus Minke dikatakan mampu membesar dengan berat sekitar 20,000 paun dan biasanya akan hidup sekitar 50 tahun, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat.
Sumber: CNN