Selalu kita dengar kalau beli durian mahal, apa salahnya makan sekali dengan kulit kan? Kalau tak, rugilah beli durian itu kan, berat kulit lebih dari isinya.
Rupanya ungkapan ‘makan kulit sekali’ ini benar-benar terjadi. Bagaikan tak percaya apabila melihat satu video yang dikongsikan di laman Tiktok menunjukkan rakaman video memasak kulit durian sebagai pencuci mulut.
Macam manalah rasanya kan? Lepas korang tengok video di bawah, rasa-rasa korang akan cuba tak resipi ini? Nampak macam menarik dan sedap. Kalau beli durian nanti, apa kata korang cuba dulu. Isi boleh makan, kulit pun boleh makan barulah tak membazir.
@bella_bell22 ตอบกลับ @kanjanasi เชื่อมเปลือกทุเรียน #เบลล่าวิถีไทย #กักตัวล้นพุง #tiktokพากิน #เชฟมือใหม่ #tiktokuni #tiktokfood #cooking #ทุเรียน
Bagaimanapun, ramai yang meragui kulit durian ini boleh makan ataupun tidak. tak kurang juga yang memberi komen masakan tersebut nampak enak.
Sumber: Tiktok Bella Bell