Siakap Keli

11 Orang Dilapor Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di Sebuah Sekolah Di Rusia

Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan telah terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah sekolah di Kazan, Rusia.

Menurut CNBC, angka kematian itu melibatkan beberapa orang pelajar dan guru di sekolah tersebut. Manakala, 20 orang pula dilaporkan telah tercedera.

Sumber pihak berkuasa tempatan pula berkata bahawa dua suspek yang tidak dikenali dipercayai melepaskan tembakan di sekolah itu.

“Menurut maklumat awal, dua pelaku yang tidak dikenali melepaskan tembakan,” kata sumber itu.

Dua orang pelajar dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami semasa mereka terjun dari tingkap tingkat tiga sekolah tersebut.

Kebanyakan pelajar yang juga dipercayai cuba untuk terjun dari tingkap serta ada yang turun melalui tangga di tingkap itu kerana ketakutan, lapor Mirror.

Sumber: CNBC, Mirror

Sofea

There's always another side to every story