Siakap Keli
Gambar: Rakyat Palestin berlari saat terkena gas pemedih mata oleh polis israel di Masjid Al-Aqsa pada Isnin - AFP via SMCP

Israel Lancarkan Serangan Udara, Balas Serangan Roket Hamas, 20 Penduduk Gaza Maut

Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk sembilan kanak-kanak terbunuh setelah tentera Israel melancarkan serangan udara di seluruh Gaza, Palestin, pada malam tadi.

Serangan tersebut dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke Israel pada Isnin oleh Hamas, parti pemerintah Islam bersenjata di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang bertemu dengan pegawai keselamatan tertinggi turut memberi amaran bahawa pertempuran ini boleh berlanjutan walau terdapat permintaan untuk ‘bertenang’ dari beberapa negara Eropah.

Abu Obeida, jurucakap sayap ketenteraan Hamas, mengatakan serangan di Jerusalem adalah tindak balas terhadap “kejahatan dan pencerobohan” yang dilakukan oleh Israel di kota itu.

“Ini adalah pesan yang harus difahami musuh dengan baik,” katanya.

Ancaman kepada lebih banyak serangan didakwa akan dilakukan oleh Hamas sekiranya Israel memasuki semula perkarangan Masjid Al-Aqsa yang suci atau melakukan pengusiran terhadap keluarga Palestin dari kawasan timur Jerusalem.

Terdahulu, polis Israel telah melepaskan gas pemedih mata, bom tangan dan peluru getah dalam pertempuran dengan penduduk Palestin yang melempar batu di perkarangan tersebut dalam rusuhan pada Isnin.

Lebih dari berpuluh-puluh tabung gas pemedih mata dan bom tangan dilaporkan mendarat di masjid ketika polis dan penunjuk perasaan menghadap ke dalam tembok berdinding yang mengelilingi kawasan tersebut.

Sumber: South China Morning Post

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.