Siakap Keli
penyanyi

Lelaki Rugi RM187,000 Dipercayai Ditipu Suspek Yang Menyamar Sebagai ‘Datuk Syafiq’

Seorang lelaki yang juga merupakan penjawat awam telah mengalami kerugian sebanyak RM187,000 akibat terjerat dengan sindiket penipuan ‘Datuk Syafiq’ yang suspek mengaku dirinya dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor Bharu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamad berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki yang berusia 40-an baru-baru ini.

Menurut laporan, msangsa telah menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan menyatakan mangsa mempunyai tunggakan RM39,000 berkait dengan syarikat miliknya namun dinafikan oleh mangsa.

Suspek menyatakan tindakan mahkamah dari Bank Negara akan membekukan segala aset dan mencadangkannya membuat laporan polis konon bagi mengelakkan tindakan mahkamah.

“Mangsa disambungkan ke talian IPK Johor Bahru dan bercakap dengan suspek kedua anggota polis mendakwa dia dikehendaki atas kes pengedaran dadah dan penggubahan wang haram yang diketuai oleh seorang individu lain,” jelasnya lagi.

Mangsa juga diugut supaya memberi kerjasama bagi mengelakkan daripada waran tangkap dan disambungkan ke ‘Datuk Syafiq’ yang menyatakan data peribadinya akan digodam untuk kegiatan jenayah sebelum mangsa menyerahkan maklumat kewangan untuk disiasat bagi membuktikan bahawa mangsa tidak menerima sebarang wang haram.

Datuk Syafiq menyatakan mangsa perlu menyediakan dana kewangan RM114,000 bagi membuktikan mangsa tidak menerima wang kegiatan haram.

Pada hari berikutnya, mangsa membuat pinjaman peribadi di bank berjumlah RM114,000 dan Datuk Syafiq mengarahkan mangsa menyerahkan maklumat perbankan dalam talian. Bagaimnanapun, suspek juga mengatakan RM100,000 dimasukkan ke akaun pemegang amanah yang dilantik mahkamah dan mengarahkan mangsa memindahkan baki RM14,000 ke satu akaun bank yang lain.

Beberapa hari kemudian, suspek menghubungi lagi mangsa memberitahu perlu diwakili peguam yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membelanya dalam kes itu dan diminta menyediakan wang RM50,000 untuk bayaran peguam.

Menurut laporan lagi, pada hari berikutnya, mangsa sekali lagi ke bank membuat pinjaman RM53,000 dan memindahkan wang ke akaun pihak ketiga kononnya milik peguam yang dilantik oleh KDN untuk mewakili kesnya.

Beliau berkata, pada hujung Mac lalu, mangsa mendeposit wang RM20,000 ke akaun pihak ketiga yang berbeza setelah suspek menghubungi meminta menyediakan wang jaminan mahkamah konon diarahkan oleh pihak pendakwa raya.

“Lebih daripada sebulan, mangsa diarahkan melaporkan pergerakan harian kepada suspek bersama gambar lokasi atas alasan antara syarat oleh mahkamah sementara menunggu hasil siasatan pihak polis,” katanya.

Mangsa bagaimanapun membuat laporan di Balai Polis Bachok setelah menyedari ditipu dalam kejadian terbabit.

 

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang