Siakap Keli

Macam Dalam Filem Anime, Tempat-tempat Ini Wujud Di Dunia Sebenar

Bagi peminat anime, bukan sahaja jalan cerita yang mindblowing dan di luar kotak yang membuatkan kita jatuh cinta, tapi juga kualiti visual yang ditunjukkan. Tengok makanan yang dimakan pun dah buatkan kita terliur, apatah lagi bila lihat pemandangan yang serba indah di latarnya.

Kozuyu ramen. (Shokugeki no Soma)
Egg benedict. (Shokugeki no Soma)
My Neighbour Totoro
Princess Mononoke

Jangan terkejut, sebenarnya banyak makanan dan pemandangan cantik macam dalam anime tu wujud di dunia sebenar. Salah satunya ialah di Taiwan. 

Dengan saiznya yang kecil, korang hanya perlu mengambil masa kira-kira 8 jam sahaja jika menaiki kereta mengelilingi pulau ini.

Tapi, kecil bukan sebarang kecil, macam-macam korang boleh dapati di sini. Dikenali sebagai The Heart of Asia, Taiwan memiliki pelbagai makanan menarik dan sedap, bangunan-bangunan kebudayaan sehinggalah pemandangan indah di pantai dan gunungnya.

Yang penting, korang boleh maksimakan masa di sini untuk meneroka segala ceruk yang menyimpan pelbagai keindahan ala-ala filem anime kegemaran korang.

Tanpa membuang masa, jom kami bawa korang ‘melancong’ ke lokasi-lokasi menarik seakan filem anime di sini. Bolehlah korang plan itinerari ke sana lepas COVID-19 berakhir nanti.

The Secret World of Arrietty.

Kalau korang nak rasai pengalaman ‘berguling-guling’ di atas hamparan bunga ala-ala The Secret World of Arrietty, apa kata cuba pergi ke Pergunungan Hehuanshan.

Kalau datang pada musim bunga, korang akan dapat melihat bunga-bunga azalea kembang mekar, saling tak tumpah daripada pemandangan yang biasa korang tengok dalam filem anime tadi.

Kredit: Theerasak Saksritawee

Bukan itu sahaja, korang juga boleh melihat matahari terbenam dari puncak gunung dengan pemandangan awan yang terhampar luas seperti di bawah ini.

Kredit: Ourtrails.com

Malah, pemandangan semasa musim salji di puncak gunung ni pun cukup memukau. Pergilah bila-bila masa pun, pergunungan Hehuanshan ini tetap cantik & instaworthy. Yang penting, boleh menenangkan fikiran sambil menghayati keindahan alam.

Kredit: @daisy_kuo_

Macam best je kan tengok Nana (The Day I Bought a Star) petik sayur-sayuran dari ladang untuk dijual?

Itulah kelebihannya bila tinggal di kawasan kampung.

Korang pun boleh rasai pengalaman serupa jika ke Wuling Farm. Di sana nanti, korang boleh boleh petik sendiri buah-buahan dari pergunungan tinggi seperti buah pear, strawberi, pic, epal dan sayur-sayuran.

Korang juga boleh menikmati keindahan daun maple pada musim luruh, sambil bergambar ala-ala watak utama filem animasi sendiri. 

Kredit: @work_hard_play_harder_blog
Kredit: @work_hard_play_harder_blog

Visual animasi dari Studio Ghibli tak pernah mengecewakan. Kalau korang pernah lihat poster filem When Marnie Was There, pantai yang menjadi latar belakang Marnie dan Anna juga boleh didapati di kepulauan ini (Taiwan).

Dihiasi keindahan langit yang membiru dan tebing hijau di pantai, pemandangan di dalam poster itu saling tak tumpah dengan Hualien Qixingtan Beach di Taiwan.

Terletak berhampiran kawasan pergunungan, pantai ini merupakan salah satu pantai tercantik di sana.

Kredit: Island Life Taiwan

Di samping bersantai di persisiran sambil menikmati udara segar, korang juga boleh berbasikal sambil menikmati kedamaian pantai dan pergunungan, sekaligus membawa segala permasalahan pergi jauh dari fikiran.

Kredit: Taiwan Tourismus

Walaubagaimanapun, pengunjung tak dibenarkan berenang di Pantai Hualien ini kerana ia dianggap berbahaya disebabkan cerun yang agak dalam. 

Sebaliknya, korang boleh bermandi-manda di kolam air panas yang boleh didapati di Thermal Valley, Taman Negara Yangmingshan, Taipei.

Seakan gambaran dalam filem anime, kolam air panas ini terbentuk secara semulajadi selepas letusan gunung merapi. Wap haba kolam air panas ini kadangkala memenuhi ruang sekitar pada waktu sejuk, menjadikan pemandangannya lebih dramatik.

Kredit: TaiwanEverything.cc

Tak ketinggalan, pemandangan dalam filem My Neighbour Totoro ini..

Untuk penggemar fotografi, tak sah kalau tak kunjungi pergunungan Sanjiaopu. Apa yang menariknya di sini ialah kewujudan lalang-lalang yang seakan berwarna keperakan atau turut dikenali sebagai silver grass ketika musim luruh.

Antara lokasi menarik untuk menikmati pemandangan serupa ialah Pergunungan Yangming, Gunung Cixing dan Gunung Datun.

Kredit: UDN.com
Kredit: @eve__lynnnnn
Kredit: popdaily.com
Kredit: GoTeamJosh.com

Untuk penggemar animasi Spirited Away pula, masih ingat situasi ketika Chihiro ‘tersesat’ ke dunia misteri yang dipenuhi roh-roh menyeramkan?

 

Dengan gerai di kiri kanan jalan, banyak laluan bertangga serta tanglung di mana-mana, lokasi ini mempunyai banyak persamaan dengan bandar Jiufen, Taiwan.

Malah, rekabentuk rumah mandi Yubaba juga dipercayai berilhamkan daripada binaan sebuah kedai teh terkenal di Jiufenyang sudah berusia 100 tahun, iaitu Ah Mei Tea House.

Yubaba Bath House
Ah Mei Tea House. (Kredit: Trip Advisor)

Kredit: Tokyo Treat
Kredit: Travel.com.vn

Pemandangan tak tumpah intro animasi Slam Dunk, pasti tak bosan jika berkelana menerusi jalan raya persisiran pantai, Lebuhraya Wilayah 2 (Provincial Highway 2) ini.

Bermula dari sempadan Taipei-Tamsui dan berakhir di Su’ao, Yilan, anda boleh menikmati keindahan laut di sepanjang lebuhraya berkepanjangan 167.7 kilometer ini.

Kredt: @jack050207

Alang-alang dah sampai Yilan, apa kata kita pergi pula mendaki gunung?

Bukan ada pantai je tau, di Taiwan pun ada banyak gunung-ganang untuk kaki hiking.

Antaranya denai Jian Qing Huaigu yang menyimpan 1,001 sejarah semasa zaman perang suatu ketika dahulu.

Korang boleh menyaksikan tinggalan jalan keretapi yang pernah digunakan untuk membawa hasil pembalakan semasa penjajahan Jepun.

Kredit: Justaiwantour.com
Kapsyen: Landasan keretapi ketika musim salji. (Kredit: @ghhtpop)
Kredit: @ghhtpop

Tengok hutan yang diselaputi salji, teringat scene perlawanan antara Nezuko dan Tomioka Giyuu pula (Demon Slayer).

Titik pertemuan Taki dan Mitsuha dalam filem Kimi no Nawa (Your Name) merupakan lokasi ikonik animasi berkenaan. Diabadikan di dalam salah satu babak terpenting filem itu, gambaran di stesen tersebut mempunyai persamaan dengan Stesen Qiding, Miaoli, Taiwan.

Bolehlah anda lakonkan semula detik pertemuan itu dengan rakan atau pasangan anda.

Kredit: 大文×郭文頤

Anda peminat filem Harry Potter? 

Jika jawapannya adalah ya, jangan lepaskan peluang ‘terbang’ menaiki penyapu ajaib di Ten Drum Cultural Village, Tainan.

Berilhamkan dunia magik, Magic Factory di sini menghidangkan pengunjung pengalaman seakan-akan di Hogwarts. 

Menariknya, lokasi yang dihias prop seperti penyapu terbang dan buku-buku ‘mantera’ ini sebenarnya sebahagian daripada kilang gula yang sudahpun berusia satu abad.

Kredit: @hueichiux
Kredit: KKDay
Kredit: KKDay

Selain ‘perpustakaan’ Hogwarts, anda juga boleh berkunjung ke lokasi seperti ‘perkampungan Hobbiton’ di Shoufeng, Taiwan.

‘Google’ sahaja Mr Sam Shoufeng, anda akan menemui sebuah kafe berilhamkan rumah miniatur dalam filem The Hobbit.

Sambil menikmati kopi ataupun ais krim yang boleh dibeli di kafe ini, bolehlah anda ambil kenangan untuk dikongsikan di Instagram nanti. Tampak comel dan unik, lokasi ini pasti menjadi kegemaran anak-anak anda.

Kredit: Roger W.
Kredit: Grace Kang
Kredit: Mr. GG Travel Service
Kredit: Mr. GG Travel Service

Tak cukup keindahan Taiwan yang setanding dalam filem anime untuk kami kongsikan di sini. Untuk melihat lebih banyak pemandangan yang cantik serta pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sana, layari Facebook, Instagram atau laman rasmi Biro Pelancongan Taiwan di sini.

Menerusi kempen Salam Taiwan, korang dah tak perlu risau. Mencari makanan halal atau masjid di sini tak lagi susah.

Sertai juga My Taiwan Journey untuk memenangi pelbagai hadiah menarik untuk anda seperti basikal bernilai RM3,000, kad TnG bernilai RM200 serta snek import dari Taiwan sendiri. Jangan lepaskan peluang!

Amira

Love yourself.