Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Setakat Mei, 70 Buah Kilang Sudah Diarah Tutup Kerana Melanggar SOP- Ismail Sabri

Operasi perkilangan masih dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berdasarkan langkah penambahbaikan dan penilaian risiko yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, KKM akan melakukan pengesanan kontak rapat apabila berlakunya kes di kilang.

“Mereka yang didapati positif akan diasingkan dan dirawat dan mereka yang kontak rapat juga akan dikuarantin. Jadi tindakan sememangnya diambil,” katanya menerusi sidang media.

Ismail Sabri juga berkata bahawa salah satu punca jangkitan di kilang adalah kerana perumahan mereka. Menurutnya, di bawah akta 446, kerajaan telah membuat  pindaan daripada ordinan darurat supaya Akta 446 dilaksanakan segera agar tempat tinggal yang lebih kondusif disediakan kepada pekerja-pekerja kilang.

“Walaupun begitu, penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati banyak kilang-kilang yang diarahkan tutup, cuma mungkin kita tak hebohkan kepada rakyat mengenai kilang-kilang yang ditutup itu,” katanya.

Tambahnya lagi, sehingga bulan Mei 2021, sebanyak 70 buah kilang telah pun diarahkan tutup kerana melanggar SOP dan juga perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan

“Jadi, kita memang melaksanakan penambahbaikan dan jika tidak boleh dibenarkan beroperasi, kilang tersebut diarahkan tutup,” katanya.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah pada petang ini.

Sumber: RTM 

Sofea

There's always another side to every story