Siakap Keli

TERKINI: Sah, Tan Sri Syed Danial Umum Hari Raya Aidilfitri Khamis Ini

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi mengumumkan bahawa tarikh 1 Syawal jatuh Khamis, 13 Mei ini.

Pengumuman berkenaan dibuat beliau sebentar tadi melalui siaran langsung di Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akan dilaksakan mulai 12 Mei diseluruh negara.

Bersama-sama pengumuman berkenaan turut disertakan beberapa SOP yang turut melibatkan pergerakkan semasa sambutan Hari Aidilfitri.

Antaranya adalah aktiviti ziarah rumah ke rumah serta ziarah kubur tidak dibenarkan. Selain itu, larangan pergerakkan rentas negeri dan daerah juga dikekalka,

Biarpun sambutan perayaan kali ini sedikit berbeza berbanding 2 tahun lepas, diharapkan kemeriahan tetap dirasai dan sama-samalah kita mematuhi SOP yang ditetapkan supaya penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.