Siakap Keli

Arab Saudi Perkenal Tempoh 7 Hari Kuarantin Bagi Pelawat Belum Divaksin

ARAB SAUDI- Pelawat yang tiba di Arab Saudi yang belum divaksin perlu dikuarantin sekurang-kurangnya selama tujuh hari, kata Kementerian Dalam Negeri pada 10 Mei.

Langkah tersebut akan berkuatkuasa bermula 20 Mei. Pelawat dari senarai negara yang dilarang melakukan perjalanan ke Mekah masih tidak diizinkan untuk berkunjung.

Seterusnya, pengunjung yang tidak divaksinasi harus menunjukkan dokumen insurans yang sah iaitu dipersetujui oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi membendung penularan covid.

Namun, ada beberapa kumpulan yang dikecualikan daripada peraturan berkenaan seperti dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi. Salah satunya, warganegara, pasangan dan anak-anak mereka bersama dengan pekerja domestik yang menemaninya.

Selain itu, Pihak Berkuasa Kesihatan Awam (Weqaya) mengatakan kuarantin akan berlaku bagi mereka yang menerima vaksin yang disetujui kurang dari 14 hari sebelum tiba di Arab Saudi.

Seterusnya, mereka dikehendaki menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) pada hari pertama dan ketujuh setelah ketibaan di negara itu, Pelawat yang sudah divaksin diminta menyerhkan sijil ujian PCR dalam tempoh 72 jam. Kanak-kanak bawah lapan tahun dikecualikan.

Kos kuarantin akan dikenakan kepada pelawat yang dimasukkan dalam harga tiket penerbangan.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) telah memaklumkan kepada syarikat penerbangan agar bekerjasana dengan hotel yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan bagi menampung pelawat yang dikuarantin.

Sumber: Arab News

Atiqah Aliah