Siakap Keli

Laku Keras Masa Superday Roadshow, Korang Boleh Miliki Smartphone vivo V21 Ini Dengan Kamera Depan OIS Pertama Di Dunia, Harga Mampu Milik

Setiap tahun, syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar di serata dunia berlumba-lumba untuk memperkenalkan produk terbaru mereka ke dalam pasaran. Sebagai pengguna, perseteruan antara syarikat-syarikat pengeluar ini memang satu berita yang amat baik kerana banyak teknologi dan inovasi baru yang ditawarkan akhirnya memberi manfaat kepada kita sebagai pembeli.

Salah satu jenama telefon paling menonjol tahun ini, vivo turut tidak ketinggalan mendedahkan ‘senjata’ terbaharu mereka, yang pasti membuatkan jenama-jenama lain tak senang duduk.

Dalam satu roadshow vivo V21 Series Superday yang diadakan di Plaza Low Yat dan i-City Central pada 5 hingga 9 Mei lalu, vivo turut memberikan penghargaan kepada para pelanggan setianya untuk mendapatkan hadiah-hadiah istimewa, selain peluang untuk memiliki peranti eksklusif vivo pada harga diskaun, dengan cara menyertai pelbagai permainan menarik yang disediakan di roadshow berkenaan.

Turut diadakan adalah Hari Jualan Terbuka Siri vivo V21 pada 5 Mei, pelanggan yang membuat pembelian dalam tempoh jualan berkenaan mendapat hadiah eksklusif bernilai sehingga RM 360 selain lanjutan waranti selama setahun dan perlindungan retak skrin selama satu tahun.

Selain itu, 50 pelanggan pertama yang membeli vivo Wireless Sport Lite juga mendapat tawaran rebat sebanyak RM 100, dan hanya perlu membayar harga diantara RM 9 sehingga RM 59.

Manakala pengunjung yang membeli mana-mana telefon pintar vivo berharga RM 500 ke atas juga berpeluang menyertai peraduan ‘Hati Rapat, Raya Berkat’ yang menawarkan hadiah menarik bernilai RM 68,888.00.

Memang laku keras, macam pisang goreng panas. Semua unit siri V21 yang ditawarkan kepada pengunjung untuk dibeli semasa roadshow, hampir terjual semuanya.

Rata-rata pengunjung jatuh cinta pandang pertama dan terus melekat saat pertama kali mencuba sendiri unit pameran siri V21 yang disediakan.

Dengan harga diskaun yang ditawarkan dan segala teknologi baharu yang ada pada siri V21, memang tak hairanlah kalau para peminat vivo tak berlengah mendapatkan model terbaru dan eksklusif vivo kali ini.

Paling mencuri tumpuan

Walaupun banyak aktiviti menarik disediakan vivo, namun kehadiran peranti terkini yang elegan dan superseksi daripada vivo yang diketengahkan dalam roadshow ini yang paling mencuri tumpuan.

Penampilan sulung 2 model dalam siri V21 ini pantas menjadi bualan para peminat vivo dan ia merupakan satu berita baik buat anda yang sedang mencari sebuah telefon bimbit baharu.

Siri V21, telefon pintar pertama seumpamanya di dunia

Dijual pada tanda harga RM 1,599, model V21 merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi kamera hadapan jenis Optical Image Stabilizer (OIS) 44MP, manakala ‘adiknya’, V21e dijual pada harga RM 1,299.

Kalau anda nak tahu, kamera hadapan dipasang pada V21 ini diiktiraf sebagai paling canggih dalam industri telefon pintar ketika ini. Disamping teknologi tersebut, siri V21 turut dilengkapi dengan lampu flash berkuasa tinggi khas untuk anda yang gemar berselfie.

Selain teknologi OIS 44MP yang unik dan eksklusif bagi V21, kedua-dua model V21 dan V21e turut diperkukuhkan dengan Electronic Image Stabilizer (EIS), AI Night Portrait, Autofocus dan sensor cahaya yang canggih.

Dengan teknologi-teknologi tersebut, maknanya apa?

Maknanya, pemilik-pemilik siri V21 kini mampu berselfie atau merakam video pada kualiti tinggi menggunakan kamera hadapan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Manakala, kemampuan aperture f/20 yang ada pada kamera hadapan siri V21 juga memastikan anda langsung tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk berselfie dalam persekitaran suram atau kurang cahaya.

Kehadiran fungsi Super Night Selfie dengan kemampuan multi-level exposure dan multiple image frames membolehkan kecerahan gambar dinaikkan selain lebih banyak perincian night background dirakam. Malah, gambar yang dirakam juga tampil lebih jelas.

Seterusnya, fungsi canggih AI Night Portrait juga memastikan lebih banyak noise berjaya dikurangkan ketika mengambil gambar pada waktu malam.

Kemampuan autofocus yang disertakan dalam siri vivo V21 ini juga membantu pengguna untuk merakam imej yang jelas lagi berkualiti tinggi, tak kira berapa jauh jarak objek dengan kamera selain fokus yang jelas terhadap objek yang hendak dirakam.

Turut dipasang pada siri V21 ini adalah kemampuan Dual Selfie Spotlight iaitu satu fungsi yang memadankan cahaya halus skrin dengan cahaya flash hadapan. Ia diletakkan pada sisi skrin yang mana amat membantu pengguna mendapatkan gambar dan video yang lebih mempesona pada waktu malam.

Tetapan tiga kamera belakang yang sempurna

Selain fungsi eksklusif yang ada pada V21, siri V21 turut didatangkan dengan tetapan tiga kamera belakang iaitu 64MP, 8MP dan 2MP.

Kewujudan ketiga-tiga jenis kamera ini membolehkan pengguna merakam imej yang lebih jelas, keupayaan fotografi makro dan juga rakaman wide angle yang lebih berkualiti.

Paling menarik, kedua-dua tetapan kamera hadapan dan belakang siri V21 berupaya untuk merakam video pada resolusi 4K, manakala fungsi EIS meningkatkan kestabilan saat rakaman yang diambil.

Perlu anda tahu, EIS ini adalah fungsi penstabilan berasaskan perisian bukannya perkakasan. Jadi, binaan telefon pintar siri V21 ini lebih menawan kerana tidak terlalu padat dan dibebankan dengan komponen tambahan seperti perkakasan penstabilan.

Ciri-ciri tambahan lain yang tak kurang hebatnya

Melengkapi senarai-senarai teknologi yang dinyatakan di atas, siri vivo V21 juga dipasang dengan fungsi AI berteknologi tinggi, facial enhancer, fungsi filter yang pelbagai dan portrait style untuk pengguna meneroka pengalaman mengguna kamera canggih dengan lebih kreatif.

Rekaan yang elegan dan superseksi

Direka menggunakan teknologi Vacuum Metalizing, kerangka tengah siri vivo V21 dibina menggunakan bahan polikarbonat. Macam yang kita semua tahu, penggunaan polikarbonat menjadikan telefon ini lebih kukuh selain ringan dan selesa untuk dipegang.

Dari segi saiznya pula, vivo V21 mempunyai ukuran badan 7.29mm dan dengan pilihan warna Dust Blue dan Sunset Dazzle (7.39mm), manakala vivo V21e pula bersaiz 7.38mm dengan pilihan warna Roman Black dan Diamond Flare.

Ia kemudian disempurnakan dengan pelitup AG Glass, sekaligus memberikan penampilan yang elegan dan superseksi pada kedua-dua model.

Paparan skrin tiada tolok-tandingnya

Bagi model vivo V21, skrin yang digunakan adalah jenis Paparan E3 AMOLED FullView dengan kadar penyegaran 90Hz. Penggunaan skrin ini memberikan kelebihan dari kecerahan yang lebih baik, kontras, warna terang, pelindungan cahaya biru dan banyak lagi.

Manakala untuk model vivo V21e pula, ia dipasang dengan skrin jenis AMOLED 6.44″ FHD. Kelebihan skrin jenis ini memberikan kesan visual yang menakjubkan selain meminimumkan kesan motion blur.

Chipset bertenaga dan prestasi melangkaui jangkaan

Seperti yang semua sedia maklum, kemampuan sesebuah telefon pintar itu turut diukur melalui jenis cip pemprosesan yang dipasang bersamanya.

Untuk model vivo V21, ia dilengkapi dengan ‘enjin’ MTK Dimensity 800U, manakala vivo V21e pula diperkuat dengan Qualcomm® Snapdragon™ 720G.

Kedua-dua model ini hadir dengan memori storan 8GB RAM dan 128GB ROM. Selain itu, pembeli juga diberikan storan RAM maya sebanyak 3GB.

Penggunaan cip pemprosesan teras 2.4Hz juga memastikan setiap aplikasi yang dipasang boleh dibuka dengan pantas, manakala kadar penyegaran semula yang tinggi juga memberikan pengalaman transisi pada skrin yang lebih lancar, terutamanya ketika bermain mobile game.

Kuasa bateri ‘raksasa’

Kedua-dua model dilengkapi dengan bateri bersaiz 4000mAh (TYP) dan teknologi pengecasan pantas FlashCharge 33W.

Teknologi ini membolehkan pengguna mengecas telefon pintar ini dengan segera dan meneruskan pengalaman penggunaan yang unik untuk jangka masa yang lama.

Jadi, apa tunggu lagi, kedua-dua model ini boleh dibeli melalui platform atas talian vivo E-Store atau kunjungi mana-mana stor vivo di seluruh tanah air.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan facebook vivo Malaysia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.