Siakap Keli

“Singkap Sebalik Tingkap,” Berani Masuk Rumah Usang Sorang Diri, Tak Sangka Jumpa Lelaki Tua Bertongkat

Lisa seorang gadis muda yang secara fizikalnya sama je seperti gadis-gadis muda yang lain, yang tak lekang dari sosial media dan jadi kelam-kabut bila telefonnya terputus rangkaian internet. Tapi ada satu sifat Lisa yang tak ramai anak-anak muda sekarang memilikinya. Lisa ada  sifat yang berani, prihatin dan penyayang. Sifat berani Lisa telah membawa dirinya bertemu dengan Pak Samad.

Pak Samad seorang tua yang tinggal seorang diri di sebuah rumah usang dengan mengharapkan kepulangan anaknya di hari lebaran. Lisa bertemu dengan Pak Samad dan dengan sifat kasih sayang serta prihatin dalam dirinya, Lisa “Singkap Sebalik Tingkap” rumah Pak Samad serta mengukir senyuman Pak Samad yang terlalu mengharap anaknya pulang, Signifikannya Pak Samad dengan keadaan kita sekarang, walaupun kita sangat berharapkan sesuatu sehingga kita kecewa, kita perlu percaya masih ada yang sayang dan boleh buat kita tersenyum semula.

Tonton video penuh Lisa dan Pak Samad di bawah.

Apa yang menarik di Astro sempena Hari Raya Aidilfitri ini? Pelbagai rancangan yang telah disediakan untuk anda layan di rumah bersama keluarga. Memandangkan kita tak boleh nak balik ke kampung, mesti TV menjadi medium hiburan utama ketika duduk di rumah cuti raya nanti. Penampilan dua lagu raya istimewa tau. Lagu pertama berjudul Aidilfitri Lembaran Baru, nyanyian Syamel, Ernie Zakri, Ruffedge, Ara Johari, Masya Masyitah dan Usop. Lagu kedua pula berjudul Lebaran Telah Tiba nyanyian Syamel, Ernie Zakri, Sufi Rashid, Amira Othman, Irfan Harris, Timah, Yuka Kharisma.

Title : Aidilfitri Lembaran Baru

Artist :Syamel, Ernie Zakri, Ruffedge, Ara Johari, Masya Msyitah, Usop

Composer : S. Atan

Lyric : Siso

Title : Lebaran Telah Tiba

Artist : Syamel, Ernie Zakri, Sufi Rashid, Amira Othman, Irfan Harris, Timah, Yuka Kharisma

Composer : S. Atan

Lirik : Siso 

Lepastu pelbagai Rancangan Gempak yang akan ditayangkan untuk korang antaranya:

1)     Mega Ria Raya

2)     The Masked Singer Malaysia Reunion

3)     Sepahtu Reunion Al Raya

4)     Kampung Lawak Superstar

5)     Muzikal Lawak Superstar 2 Raya.

Tidak ketinggalan juga, tayangan semula 2 filem box office di Astro First iaitu: Syif Malam Raya dan Mael Totey The Movie. Korang yang suka layan konsert boleh layan Big Stage Konsert Raya dan Gegar Vaganza: Raya.

Kat radio pun banyak content menarik raya nanti tau antaranya Lagu Kecoh Raya Era, Rumah Terbuka Penyampai GEGAR, Raya Maya Sinar dan Zayan Marhaban. Memandangkan ramai orang tak boleh nak balik kampung raya nanti, Astro ajak korang balik kampung secara Augmented Reality (AR). Korang hanya klik link ini DI SINI dan balik kampung dengan selebriti-selebriti kesayangan korang secara maya.

Nak tengok apa lagi yang best raya ni klik je kat SINI

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)