Siakap Keli

PM Ajak NGO Dan Rakyat Malaysia Bersama-sama Hulurkan Bantuan Dan Doa Kepada Rakyat Palestin

Dalam satu perutusan khas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Malaysia sentiasa menghulurkan bantuan kepada Palestin termasuk bantuan khusus kepada Al-Aqsa dan bantuan perubatan bagi membendung pandemik Covid-19.

“Malaysia akan terus memberikan sumbangan dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan-badan antarabangsa. Melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP), Malaysia telah menyumbang USD10,000 (RM41,249.99) kepada Masjid Al-Aqsa pada tahun 2020”

“Sumbangan tersebut telah disalurkan kepada Kementerian di Jordan. Selain itu, bagi membantu Palestin membendung wabak Covid-19, kerajaan Malaysia turut menyalurkan sumbagan kepada Palestin dalam bentuk barangan perubatan iaitu 1 juta pelitup muka, 500,000 pelindung muka (Face Shield) dan 500,000 sarung tangan getah. Sumbangan tersebut telah dihantar melalui penerbangan sewaan khas ke Aman, Jordan pada 10 Mei 2020.”

Tambah Muhyiddin lagi, Malaysia juga mengalu-alaukan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada Palestin yang sedang berada dalam keadaan yang sangat runcing ketika ini.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin melalui tabung-tabung yang sah. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita disana agar keperitan ini berakhir dengan segera.

Sumber: Perutusan PM

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)