Siakap Keli

(Video) “Tragedi Dilempang Oleh Mama Di 1 Syawal..,” Tersalah Ucapan Hari Raya, Ibu Terus Tampar Pipi Anak

Untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sekali lagi kita tidak dapat menyambutnya seperti kebiasaan kita sambut sebelum tiba musim pandemik. Kerajaan mengumumkan PKP 3.0 atas sebab peningkatan kes harian Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Jadi, ramai diantara kita tidak boleh pulang ke kampung kerana larangan rentas negeri dan daerah yang dikuatkuasakan. Satu video lucu yang dimuat naik oleh Firdaus Asri di alamn Twitter beliau apabila ditampar oleh ibunya ketika rakaman ucapan hari raya aidilfitri.

Ini kerana Firdaus tersalah ucapan yang sepatutnya diucap dalam rakaman. Ucapan yang dimahukan ibunya adalah “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sahaja tetapi Firdaus memandai-mandai menambah ‘Aidilfitri’ disitu. Secara spontan ibunya terus menampar perlahan muka anaknya itu.

Sumber: Firdaus Asri

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)