Siakap Keli
Gambar via TikTok @mawadystudio

Hanya Guna ‘Bekas Ikan’, Penjual ‘Online’ Boleh Buat Mini Studio Sendiri Untuk Ambil Gambar Produk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gambar memainkan peranan penting kepada pelanggan semasa membeli-belah secara atas talian. Pengambilan gambar produk yang jelas, dari pelbagai sudut atau angle lebih meyakinkan pelanggan dengan produk yang dijual dan memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Selalunya gambar produk diambil menggunakan latar belakang putih.

Produk akan kelihatan lebih jelas kerana kontra antara warna putih dengan warna produk. Penggunaan latar belakang putih dalam pengambilan gambar produk juga mampu membuat mata pelanggan tertumpu kepada produk berbanding ‘gangguan’ pada latar belakang.

Bagi peniaga kecil atau pemula, memiliki studio dengan kelengkapan yang cukup untuk menangkap gambar produk mungkin melebihi bajet. Nak sewa jurugambar pun mungkin mahal dan tak berbaloi.

Perkongsian dari akaun TikTok @mawadystudio ini mungkin dapat selesaikan masalah peniaga online di luar sana.

Video tersebut menunjukkan cara-cara membuat studio mini berlatarkan warna putih yang sesuai untuk mengambil gambar produk. Hanya menggunakan kotak gabus yang murah dan sangat mudah didapati, kini anda juga mampu mengambil gambar produk yang cantik.

Video ini mendapat satu juta tontonan dan 53.7 ribu sukaan setakat ini.

Nak tangkap gambar produk cantik dengan bajet rendah? Jom tengok video di bawah.

@mawadystudio

White studio mini #photography #whitestudio #fyp

♬ Palang Pintu Remix – Eka•Denka•💫

Sumber: TikTok @mawadystudio

Dapatkan pelbagai saiz polisterine box disini

Eyla Azri