Siakap Keli

Keluarga Abu Hatab Termasuk Ibu Dan Anak Yang Sedang Tidur Terbunuh Dalam Serangan Roket Israel

Tentera Israel pada pagi Sabtu telah melancarkan serangan roket yang mensasarkan rumah rakyat Palestin di kem pelarian Shati’ di sebelah barat bandar Gaza.

Serangan itu telah membunuh sekurang-kurangnya lapan sekeluarga termasuk ibu dan anak serta menyebabkan lebih 20 orang cedera. Agensi Informasi dan Berita Palestin (WAFA) berkata tentera udara Israel melepaskan beberapa roket ke arah rumah tiga tingkat yang dimiliki oleh keluarga Abu Hatab yang menyebabkan lapan keluarganya terbunuh serta 20 yang lain cedera.

Rakyat Palestin masih mencari mangsa-mangsa yang terperangkap dalam runtuhan yang terkesan daripada serangan tersebut. Israel mengakui serangan itu dan serangan itu adalah kebiasaan untuk melepaskan roket ‘kecil’ untuk menyasarkan rumah-rumah sebagai tanda amaran.

Kebetulan ketika serangan itu, keluarga Abu Hatab sedang nyenyak tidur di dalam rumah.

Sumber: IMEMC

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)