Siakap Keli
Gambar via Google

Sejarah Kapal Kargo Bawa Kereta Mewah Termasuk Mercedes-Benz Terbalik Di Pelabuhan

Sebuah kapal kargo yang membawa kira-kira 4,000 buah kereta terbalik dan terbakar di pelabuhan Brunswick, Georgia pada September 2019.

Semasa kejadian, kapal kargo pengangkut kenderaan, Golden Ray, milik  Hyundai Glovis (syarikat logistik Hyundai) ini membawa kira-kira 4,200 kereta pelbagai jenama termasuk Kia, Chevrolet dan Mercedes-Benz.

Kapal yang menuju ke Baltimore itu tiba-tiba terbalik ke sebelah kiri dengan 23 orang anak kapal dan seorang kapten di dalamnya.

Gambar via Google

Car and Driver melaporkan, menurut analisis forensik oleh U.S. Coast Guard, kapal Golden Ray melepaskan 1,645 ton metrik air namun membawa 411 ton metrik muatan tambahan melebihi kadar berat air yang diperlukan.

Menurut portal itu lagi, dipercayai bahawa muatan tambahan dari 316 buah SUV Kia Tellurides yang lebih berat dan tinggi menyebabkan kapal kurang seimbang dan terbalik.

Selepas berbulan-bulan perancangan dan penangguhan kerana taufan Dorian dan pandemik COVID-19, operasi ‘membersihkan’ kapal berjaya dilakukan dengan menganggalkan bahagian pertama kapal tersebut di penghujung November 2019.

Gambar via Core 77

Dalam insiden tersebut, empat orang jurutera kapal sempat dilaporkan hilang dan berjaya diselamatkan selepas 36 jam.

Keempat-empat mereka terpaksa berpakaian dalam dan memanjat ke tempat air masuk untuk mengelak dari suhu dalam kapal yang sudah mencecah 150 darjah celcius, lapor Car and Driver.

Walaubagaimanapun, tiada korban nyawa dilaporkan dalam tragedi tersebut.

Menurut syarikat insuran yang dilantik Golden Ray, North P&I Club, tuntutan insuran sebanyak $400 juta disebabkan nahas tersebut merupakan rekod tuntutan tertinggi dalam tempoh 161 tahun syarikat tersebut beroperasi.

Sumber: Car and Driver, Insider

Eyla Azri