Siakap Keli

TERKINI: KDN Pandang Serius Ancaman Keselamatan Oleh Israel Terhadap Pemimpin Palestin Yang Tinggal Di Malaysia, Akan Tingkatkan Kawalan Keselamatan

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Sri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman facebook Kementerian Dalam Negeri, memaklumkan pihaknya memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk yang tinggal di Malaysia.

Menurutnya lagi, KDN juga sedia maklum dengan kewujudan organisasi-organisasi yang dikaitkan dengan rakyat Palestin yang ada di negara ini.

Berikutan itu katanya, pihak PDRM bersama-sama agensi keselamatan yang lain telah diarah untuk meningkatkan kawalan keselamatan merangkumi semua aspek bagi memastikan ketenteraman dan kesejahteraan warga tempatan, termasuk rakyat Palestin kekal terpelihara.

Beliau juga meminta orang ramai agar kekal bertenang memandangkan keadaaan keselamatan negara  dalam keadaan terkawal dan kekal berada dalam keadaan baik.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.