Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hari ini.
Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 2.50 petang tadi dan amaran diramal sehingga 6 petang ini.
Berikut adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:-
Kedah: Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim & Bandar Baharu
Pulau Pinang: seluruh negeri
Perak: seluruh negeri
Kelantan: Jeli & Gua Musang
Terengganu: Dungun & Kemaman
Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan & Rompin
Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling & Hulu Langat
Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur: seluruh wilayah
WP Putrajaya: seluruh wilayah
Negeri Sembilan: Jelebu
Johor: Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi & Johor Bahru
Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri, Marudi) & Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau, Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Sandakan) & Kudat (Kota Marudu)
Sumber: MET Malaysia