Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Melanda Beberapa Negeri Hingga 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hari ini.

Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 2.50 petang tadi dan amaran diramal sehingga 6 petang ini.

Berikut adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:-

  • Kedah: Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim & Bandar Baharu
  • Pulau Pinang: seluruh negeri
  • Perak: seluruh negeri
  • Kelantan: Jeli & Gua Musang
  • Terengganu: Dungun & Kemaman
  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan & Rompin
  • Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling & Hulu Langat
  • Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur: seluruh wilayah
  • WP Putrajaya: seluruh wilayah
  • Negeri Sembilan: Jelebu
  • Johor: Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi & Johor Bahru
  • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri, Marudi) & Limbang
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau, Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Sandakan) & Kudat (Kota Marudu)

Sumber: MET Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'