Siakap Keli

Berbicara Dan Bernyanyi Secara Terbalik, Selepas Beberapa Tahun Baru Lelaki Ini Tahu Apa Puncanya

AMERIKA UTARA- Seorang penyunting video berasal dari Carolina Utara mempunyai ‘keistimewaan’ dimana dia mampu bercakap dan menyanyi secara terbalik dengan fasih.

John Sevier Austin berkata, dia mengetahui kebolehannya apabila menyedari dirinya berbeza daripada kanak-kanak seusianya. Dia juga tidak pernah serasi dengan kanak-kanak lain.

Selepas beberapa tahun berlalu, barulah dia mengetahui bahawa dia sebenarnya menderita sindrom Asperger (gangguan perkembangan saraf pada spektrum autisme) yang menyukarkan dia berinteraksi dengan orang lain, lapor Oddity Central.

Seterusnya, John berkata sudah lali dengan ejekan dan komen yang diterimanya. Dia mendapatkan ketenangan dengan mendengar muzik.

John mengetahui kebolehannya apabila suatu hari record playernya rosak dan menyebabkan rakaman tersebut menjadi terbalik. Dia mula bernyanyi secara terbalik secara satu-persatu hingga menghabiskan sebuah lagu tersebut.

“Otak saya mampu melakukan banyak benda dalam satu masa hingga membuatkan orang lain melongo,” kata John dalam satu wawancara pada tahun 2019.

“Sehingga tahun lalu, saya tidak menyedari bahawa saya ada masalah spektrum,” tambahnya dalam wawancara itu.

Selain itu, sindrom yang dialami oleh otak John memungkinnya bukan sahaja bercakap secara terbalik, tetapi juga berfikir dan menvisualkan sesuatu.

Setelah mengetahui keistimewaannya, dia belajar bagi menyakinkan dirinya dan menerima kelebihannya dengan hati terbuka.

Sumber: Oddity Central

Atiqah Aliah