Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Cincin Kahwin Bernilai RM4,129 Hilang Ketika Bercuti Di Pulau, Rupanya Ikan Ni Yang ‘Pakai’

Seorang individu yang sedang melakukan aktiviti snorkeling berjaya menemui cincin perkahwinan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas menemuinya terpakai pada seekor ikan, lapor Daily Mail.

Suzie Quintal dan suaminya Nathan Reeves, yang tinggal di Gold Coast, telah mengunjungi Pulau Norfolk untuk menziarahi keluarganya semasa Krismas.

Namun sebaik suaminya itu berenang di Teluk Emily, dia telah menyedari bahawa cincinnya yang bernilai sekitar $ 1,000(RM4,129) itu telah tertanggal.

Harapan untuk kembali menjumpainya semula menjadi gelap sehinggalah pada minggu ini, seorang penduduk setempat bernama Susan Prior yang sedang melakukan aktiviti snorkeling ternampak cincin tersebut melekat pada seekor ikan.

Dia menyatakan bahawa dia pernah terdengar yang ada pasangan kehilangan cincin perkahwinan mereka pada awal tahun ini dan secara tidak disangkakan dapat mengesan mereka di laman Facebook komuniti.

Bercakap kepada Daily Mail Australia, Susan Prior menyatakan bahawa sangat tidak menyenangkan melihat ikan tersebut terperangkap bersama dengan cincin itu.

Dia menyatakan bahawa dia pernah melihat ikan lain terperangkap dalam plastik tetapi untuk melihat seekor ikan dibebankan dengan logam, sangat-sangat tidak menyenangkan.

“Logam itu hanya boleh dikeluarkan dengan cara menangkap ikan tersebut menggunakan jaring dan mengeluarkannya secara perlahan-lahan,” katanya.

“Keadaan ikan itu tampak seperti baik sahaja, tetapi apabila ia membesar, cincin tersebut akan mencederakannya.”

Isteri kepada lelaki tersebut menyatakan bahawa suaminya itu telah mencuba sedaya upayanya untuk mencari cincin berkenan namun tidak berjaya.

“Dia cuba untuk mencarinya dan kemudiannya menyampaikan berkenaan hal tersebut kepada saya dan saya terus berasa marah,” katanya kepada Daily Mail Australia.

“Saya selalu menyuruhnya menanggalkan cincin tersebut sebelum berenang. Dia kehilangannya sehari sebelum ulang tahun perkahwinan kedua kami.”

Selepas tidak berjaya menjumpai cincin tersebut, penduduk setempat di pulau itu segera bergabung tenaga uuntuk menawarkan pertolongan mereka dengan cuba mencarinya menggunakan alat pengesan logam.

Wanita itu menyatakan bahawa di terkejut selepas mendengar bahawa ada orang telah menemui cincin itu lima bulan kemudiannya.

“Saya sungguh tidak percaya. Saya mempunyai beberapa orang rakan di pulau itu dan mereka sangat yakin bahawa mereka telah menemuinya.

“Ianya tidak langsung menggusarkan suami saya, dia tidak memahami segala kekecohan. Saya hanya risau akan ikan kecil yang malang itu.”

Quintal dan suaminya tidak dapat kembali ke Pulau Norfolk itu dan kini mereka terpaksa menunggu untuk mengetahui apakah cincin mereka itu telah didapatkan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right