Siakap Keli
Gambar: Noor Hisham Abdullah

COVID-19: 3 Kes Baharu Dengan Varian Indian B.1.617.2 Telah Dikesan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam perkongsian terbaru di Facebook rasminya memaklumkan bahawa terdapat 3 kes baharu virus COVID-19 varian Indian B.1.617.2 telah dikesan di Malaysia.

Terdapat 3 kes yang membabitkan varian ganas daripada India ini telah dikesan. 2 kes daripadanya dilaporkan telah dikesan melalui saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) manakala 1 lagi telah dikesan melalui saringan bergejala.

Menurut KKM, kesemua kes yang dikesan itu mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada KKM berkenaan kes varian ini seperti berikut:

3 kes baharu melibatkan bukan warganegara dengan varian Indian B.1.617.2 telah dikesan di Malaysia.

-2 kes dikesan melalui saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan

1 kes dikesan melalui saringan bergejala.
Kesemua kes mempunyai sejarah perjalanan ke India.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) yang telah dikesan di negara adalah sebanyak lima (5) kes.
KKM ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah melanjutkan tempoh kuarantin wajib selama 14 hari kepada pengembara dari negara-negara dengan penularan VOC dalam komuniti sejak 28 April 2021 dan mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari negara India sejak 7 Mei 2021 berikutan penularan varian VOC yang semakin membimbangkan.

KKM akan meneruskan pemantapan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk survelan epidemik, ujian saringan COVID-19 yang strategik, melakukan pengesanan kontakdan melakukan langkah-langkah kesihatan awam bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti. – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right