TOKYO, JEPUN- Penganjuran Sukan Olimpik di Tokyo telah ditentang lebih 80 peratus rakyat Jepun yang ditangguhkan tahun lalu berikutan penularan wabak Covid-19.
Tinjaun terbaru dilakukan setelah negara Jepun menunjukkan peningkatan penularan pada 14 Mei lalu.
Lonjakan itu, memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan negara serta pihak perubatan profesional berulangkali memberi amaran mengenai kekurangan tenaga.
Menurut laporan oleh harian Asahi Shimbun, 43 peratus maklumbalas mahukan Olimpik dibatalkan, manakala 40 peratus mahu menangguhkan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, terdapat 14 peratus memberi sokongan bagi mengadakan Olimpik itu seperti yang dijadualkan.
Terdapat juga, 59 peratus maklumbalas mengatakan keengganan mereka untuk menonton.
Undian dibuat selama berbulan-bulan ini menunjukkan peningkatan bagi menentang Olimpik yang dijadualakn pada musim panas di negara itu.
Sumber: CNA