Siakap Keli

“Pengajaran Untuk Malam Ni..,” Khairulaming Kongsi Foto Masakan Hangus Buat Warganet Terhibur

Bagi yang minat memasak, pasti kenal akan seorang selebriti media sosial iaitu Khairul Aming yang sering berkongsikan resepi-resepi masakan di laman sosial miliknya.

Dengan gaya penyampaian yang mudah dan ringkas, perkongsikan Khairul Aming sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Ramai juga yang telah mencuba resepi yang dikongsikan olehnya dan rata-ratanya memuji bahawa masakan yang dihasilkan sememangnya enak.

Mungkin ada yang tidak pernah menyangka bahawa ‘chef selebriti’ ini juga boleh melakukan kesilapan ketika masak. Dalam perkongsian terbarunya di laman Twitter, Khairul Aming berkongsikan foto masakannya yang dipercayai hangus.

Seperti dikongsikan olehnya, kejadian itu dipercayai berlaku kerana Khairul Aming terleka menonton Netflix sehinggakan hasil masakan jadi sebegitu.

pengajaran untuk malam ni : jangan masak sambil tengok netflix

Rata-rata warganet yang melihat foto tersebut ternyata terhibur dengan kejadian yang menimpa Khairul Aming. Malah, ada yang tidak sangka bahawa ini kali pertama melihat masakan Khairul Aming tidak menjadi.

Sumber: Khairulaming

Aqmal Ezany

I write what is right