Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Tular Foto Budak Perempuan Seakan ‘Ditelan Bumi’, ‘Gambaran Ilusi Optik’ Ni Dah ‘Tipu’ Ramai Orang

Foto mengejutkan tentang seorang gadis kecil yang seolah-olah ‘terperangkap di dalam konkrit’ telah menimbulkan kekeliruan pada pengguna Reddit, lapor Daily Star.

Reddit merupakan suatu komuniti sosial yang digunakan oleh jutaan pengguna setiap hari. Sumber melaporkan, seorang ibu telah berkongsikan foto anak perempuannya di Reddit. Foto itu menunjukkan seorang gadis kecil berbaju merah jambu yang bermain di luar.

Namun, apabila dua kali pandang, kelihatannya gadis itu menghilang ke dalam tanah. Menurut sumber, ibunya menulis kapsyen: “Anakku, di mana selebihnya?”

Si ibu telah mencabar orang ramai untuk memandang lebih jauh pada ilusi optik  – dan ini tidak menghairankan apabila orang ramai menjadi keliru.

Ternyata, perkongsian itu telah menerima lebih 68,900 undian dan 1,200 komen. Salah satu komen tertulis: “Ini bagus“, sementara yang lain ada yang memberikan komen berbaur negatif.

Ada juga komen yang mengatakan, “Baiklah, saya perlukan beberapa minit untuk selesaikannya“. Tidak kurang juga ada yang menambah, “Ya, ini mungkin yang terbaik pernah saya lihat. Pada mulanya, saya fikirkan ia adalah Photoshop, ia sangat bagus“.

Tambah Daily Star, perkongsian yang viral di Facebook ini juga telah membuktikan ia popular apabila lebih 600 komen diberikan oleh pengguna. Seorang wanita berkata, “Saya dah penat melihatnya kerana otak saya tidak dapat menyelesaikannya“.

Sementara itu, pengguna lain pula menganggap mereka telah menyelesaikan teka teka itu dengan mengatakan, “Dia berada di belakang dinding“.

Malah, ada juga pengguna yang masih bingung mengulas, “Kamera itu berada di tempat yang lebih tinggi.”

Jelas sumber, ilusi optik lorong boleh mengelirukan pengguna Reddit sebagaimana ia “memberhentikan manusia daripada berlari”. Apabila anda melihat pada gambar terlebih dahulu, ia nampak seperti sebahagian dari lantai merosot di bawah. Padahal sebenarnya ia hanyalah jubin.

Sementara itu, peneliti otak menunjukkan bagaimana minda kita mengabaikan perkara terperinci yang pelik.

Sumber: Daily Star

Nurul Nabila