Siakap Keli

(Video) Bersalin Saat Tidur, Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Di TikTok

LONDON- Seorang wanita dilaporkan melahirkan anak perempuannya ketika sedang tidur. Wanita itu juga berkongsi pengalamannya di akaun TikToknya (@amy dunbar).

Wanita itu berkongsi pengalamannya menakjubkan itu apabila rakannya mencadangkan idea itu kepadanya.

“Ceritakan pengalaman yang tidak masuk akal dialami oleh anda,” kata seorang pencabar.

“Saya berada dibilik bedah selama 12 jam dan mereka melakukan epidural. Kami (doktor dan saya) mengetahui bahawa ianya tidak membantu, jadi mereka melakukan apa saja yang membuatnya kembali berfungsi,” jelasnya dalam klip rakaman itu.

@amyedunbar

#stitch with @beyondboss_ everyone was in disbelief #birthstory #momtok #TikTokGGT

♬ Blue Blood – Heinz Kiessling & Various Artists

Jururawat bertanyakan kepada ibu Dunbar adakah Dunbar sedang tidur. Ibunya berkata ia, dan senang hati kerana epidural berfungsi menyebabkan Dunbar tidak merasa sakit.

Namun, jururawat memberitahunya bahawa dia kehilangan degupan jantung bayi dalam kandungannya.

“Saya mengikut arahan agar membalikkan badan sambil menarik selimut dan tertidur.”

“Bayi saya berada di atas katil (selepas terbangun). Dia (bayi) keluar saat saya sedang tidur,” kata Dunbar.

sumber: Independent

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.