Siakap Keli

(Video) Jangan Padam Gambar Yang ‘Blur’, Cuba Cara Mudah Ni Untuk ‘Repair’ Supaya Lebih Jelas

Bila dah bergambar, pasti akan ada salah satu daripada gambar yang diambil kabur mungkin disebabkan pergerakan tangan ketika ‘snap’. Lagi ‘menyedihkan’ apabila gambar yang kabur tersebutlah antara gambar terbaik yang menjadi pilihan untuk dikongsikan ke media sosial.

Disebabkan kualiti gambar yang kabur, terpaksalah melupakan hasrat tersebut dan memilih gambar yang lain. Pun begitu, korang tak perlu risau sebab ada satu aplikasi yang boleh membantu anda menukarkan daripada gambar kabur kepada gambar yang lebih jelas.

Seperti yang dikongsikan dalam rakaman di bawah, aplikasi Remini digunakan untuk membaik pulih gambar-gambar yang kabur. Jom tengok video ini.

@gelaganzon

2012 blurred photo. #reminiapp #reminichallenge #fyp #tiktokph

♬ Supalonely (feat. Gus Dapperton) – BENEE

Jom tengok pula macam mana nak guna aplikasi ni.

Kalau ada aplikasi ni, boleh lah selesaikan masalah gambar kabur yang lama-lama. Gambar OOTD raya baru-baru ni mungkin ada yang kabur kan, cuba guna aplikasi ni.

Sumber: Youtube, Tiktok

Aqmal Ezany

I write what is right