Siakap Keli
Gambar: Khaby.Lame

(Video) Raih Sehingga 80 Juta Tontonan, Lelaki Ini Tunjuk ‘Cara Paling Mudah’ Nak Vakum Pada Bucu Lantai

Seorang lelaki yang terkenal di dalam aplikasi TikTok kembali menjadi perhatian menerusi beberapa video baru yang dimuat naik dalam akaun miliknya. Dengan 49.5 juta pengikut, Khaby.Lame sering berkongsikan rakaman-rakaman untuk menyelesaikan ‘masalah’ dengan mudah.

Antaranya ialah seperti rakaman di bawah, yang pada awalnya menunjukkan seseorang hendak membersihkan lantai menggunakan vakum. Namun, pada sudut yang sukar, individu itu menggunakan straw untuk menyedut habuk di kawasan tersebut.

Mungkin terkesan dengan perkara itu, lelaki ini telah menyelesaikan masalah itu dengan begitu mudah apabila dia hanya mengubah arah vakum tersebut ke sudut yang lebih sesuai.

Hasilnya, habuk-habuk yang terkumpul di bucu itu telahpun disedut ke dalam vakum dan lantai di rumahnya telahpun bersih.

@khaby.lame

Qualsiasi lavoro fai, devi sempre pulire, ma con semplicità. 😆Every job you have,just keeping everything tidy,but with simplicity.#learnfromkhaby

♬ suono originale – Khabane lame

Walaupun kelihatan begitu mudah, namun video tersebut telah meraih sehingga 80 juta tontonan setakat ini. Melihat ke ruangan komen pula, ramai yang terhibur dengannya dan menganggap lelaki ini ‘penyelesai’ pelbagai masalah.

Sumber: Khaby.Lame

Aqmal Ezany

I write what is right