Siakap Keli

(Video) “Roundabout Dalam Roundabout”, Ini Bulatan Paling Mengelirukan Di Dunia & Jadi Mimpi Ngeri Pengguna

Buat rakyat Malaysia yang setiap hari menghabiskan kebanyakkan masa di atas jalan raya, tak kisahlah berulang-alik ke tempat kerja atau apa pun tujuannya, sudah semestinya sedia maklum dengan kewujudan pelbagai laluan serta peraturan-peraturan lalu lintas yang perlu dipatahui.

Ada jalan susur, jalan bertingkat, lorong sehala, had laju, had ketinggian dan pelbagai lagi yang dicipta bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar dan selamat.

Tapi lain pula dengan satu binaan jalan raya yang dikenali sebagai Swindon Magic Roundabout, yang terletak di England ini.

Sekali pandang, memang nampak mengelirukan kerana percaya atau tidak, Swindon Magic Roundabout sebenarnya sebuah bulatan besar yang mengandungi 5 bulatan kecil di dalamnya.

Bayangkan, satu bulatan yang biasa pun kadang-kadang kita terkeliru, nak duduk lorong kiri atau kanan, kita jalan dulu atau biarkan kereta lain gerak dulu, inikan pula 5 bulatan dalam satu bulatan besar.

Menurut portal Atlas Obscura, bulatan berkenaan yang menjadi persimpangan kepada 5 laluan berbeza merupakan mimpi ngeri buat pengguna jalan disana.

Jadi, kewujudan 5 bulatan kecil itu sebenarnya bagi membantu para pemandu untuk menukar arah ke laluan yang berbeza. Para pemandu ini juga sebenarnya boleh berhenti di tengah-tengah laluan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menukar arah atau menunggu laluan kosong.

Jika anda merasakan ia sudah terlalu mencabar untuk menunggu giliran, anda mungkin menghadapi masalah untuk memahami satu perkara ini, iaitu arah pergerakan kenderaan.

Dalam bulatan besar ditengah, kenderaan anda bergerak melawan arah putaran jam, manakala dalam 5 bulatan kecil, kenderaan anda pula bergerak mengikut putaran jam. Pening kan? Tonton video dibawah.

Sumber: Atlas Obscura

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.