Siakap Keli
Gambar: India Times

(Video) Selamatkan Diri Dari Kebakaran, Kucing ‘Ajaib’ Ni Lompat Dari Tingkat 5 Dan ‘Landing’ Sempurna Penuh Gaya

Kucing merupakan haiwan yang sangat pintar dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi pada ‘stealth‘ meter.

Buktinya, seekor kucing telah terakam dalam sebuah kamera apabila Jabatan Bomba datang untuk memadamkan kebakaran di sebuah bangunan. Kucing tersebut dirakam mampu melompat keluar dari tingkat lima sebuah bangunan yang dijilat api untuk melepaskan diri, lapor India Times.

Menurut laporan, kebakaran tersebut berlaku di bangunan 65 dan Lowe di Chicago, Illinois, USA. Ketika itu, salah seorang anggota bomba sedang merakam video di bahagian luar bangunan sementara anggota bomba yang lain memadamkan api.

Tidak lama kemudian, seekor kucing hitam muncul dari salah satu tingkap yang pecah dan terjun ke atas tanah.

Kelihatan orang ramai sedang termengah-megah di bawah namun si kucing berjaya mendarat di kawasan berumput yang berdekatan. Kucing tersebut melambung dengan daya dan mendarat menggunakan kukunya dengan mudah.

Setelah mendarat, kucing tesebut dikatakan melarikan diri dan bersembunyi di bawah kereta yang diparkir berdekatan.

Jelas Larry Langford, jurucakap bomba, “ia masuk ke bawah kereta saya dan bersembunyi sehingga ia berasa kembali baik untuk beberapa ketika. Kemudian, ia keluar dan berusaha menembok dinding untuk masuk kembali.

Video mengenai kejadian itu telah dimuat naik di Twitter oleh Jabatan Bomba Chicago dengan kapsyen, “sembilan nyawa untuk kucing”.

Berikutan kejadian kebakaran itu, tiada korban nyawa atau kerosakan yang dilaporkan kerana kebakaran yang meletus di dalam satu apartment telah berjaya diselamatkan.

Kucing tersebut juga dilaporkan berada dalam keadaan baik sahaja setelah kejadian itu.

Sumber: India Times, Twitter

Nurul Nabila