Siakap Keli

(Video)”Pura-Pura Jadi Pembeli,” Terdetik Naluri Ibu, Wanita Sebak Dapat Tahu ‘Pelanggan’ Itu Adalah Anaknya Yang Lama Tak Balik

Satu video yang memaparkan seorang lelaki membuat kejutan terhadap ibunya telah tular di media sosial.

Menurut kapsyen video tersebut, lelaki yang dipercayai anak kepada wanita itu telah pulang ke kampung halamannya yang terletak di Medan daripada Jakarta tanpa memberitahu ibunya.

Ibunya itu yang dipercayai menjual minyak petrol langsung tidak mengetahui gimik anaknya yang menyamar sebagai salah seorang pelanggan yang mahu mengisi minyak petrol di kawasan tempat ibunya itu berniaga.

Kerana tidak perasan, wanita tersebut telah melayan lelaki berkenaan sama seperti pelanggan biasa.

Menurut video tersebut, lelaki itu sempat untuk berpakat dengan adiknya. Mereka telah meminjam motosikal rakan kepada adiknya agar kejutan yang bakal diterima ibunya itu berjaya.

Dalam video tersebut, wanita itu dikatakan hampir mengenali anaknya itu. Tidak lama kemudian lelaki tersebut pun terus menghampiri wanita itu dan membuka topi keledarnya.

Wanita tersebut terus terkejut dan tidak dapat menahan emosinya. Lelaki itu pula terus salam, mencium dan memeluk ibunya itu.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 400 ribu kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga)

Sumber: Sahabatsurga 

Aqmal Ezany

I write what is right