Siakap Keli
Gambar: line today

Waspada, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di 10 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 5.05 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam ini:

Kedah: (Sik dan Baling)

Perak: (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan: (Kuala Krai dan Gua Musang)

Terengganu: (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin)

Selangor: (Hulu Selangor)

Johor: (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

Sarawak: Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan)

WP Labuan

Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka diabadai ribut petir.

Sumber: MetMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right