Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

13 Ahli Keluarga Selebriti Akan Dipanggil Polis, Susulan Tular Gambar Didakwa Langgar SOP Ketika Raya

Baru-baru ini tular di media sosial sekeping gambar yang memaparkan sebuah keluarga dipercayai selebriti terkenal yang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.

Bagaimanapun gambar itu tiba juga ke pengetahuan pihak polis dan keluarga selebriti berkenaan didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Justeru, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk mengesahkan bahawa pihak polis akan memanggil keluarga selebriti berkenaan seramai 13 orang yang didakwa melanggar SOP dan tidak tinggal sebumbung itu untuk siasatan.

Makluman tersebut dikongsikan BERNAMA TV menerusi satu ciapan ringkas di Twitter pagi ini. Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA TV

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'