Siakap Keli
Gambar: New York Times/Google

31 Tahun Dalam Penjara Atas Kesalahan Tak Dilakukan, Dua Beradik Tiba-Tiba Jadi Jutawan Setelah Terima RM346 Juta

Gara-gara terpaksa meringkuk selama 31 tahun di penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan, dua beradik Afrika-Amerika di North Carolina, AS dibayar pampasan sebanyak USD$84 juta.

Menurut NDTV, Henry Lee McCollum dan saudara tirinya, Leon Brown yang kedua-duanya mengalami kurang upaya intelektual telah didakwa memperkosa dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada 1983.

Kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 19 dan 15 tahun ketika itu dipercayai dipaksa untuk menandatangani pengakuan melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, pendakwaan itu terbatal setelah bukti DNA mendedahkan kewujudan seorang lelaki lain di lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan berkenan.

Susulan itu, McCollum dan Brown melalui peguam mereka, Des Hogan telah membuat tuntutan hak sivil persekutuan. Hasil tuntutan berkenaan, mereka telah memperoleh pampasan bernilai kira-kira RM346.5 juta sebagai ganti rugi.

“Mereka gembira kerana mereka menang, mereka gembira kerana juri mengatakan sheriff itu salah, “kata Hogan.

Sumber: NDTV

BACA: “Teringat Dulu2 Mak Sahut Nama Je Terus Datang”, Iklan Raya Air Selangor Terpaling Sedih, Kisah 1 Syawal Tanpa ‘Syurga’

Amira

Love yourself.