Siakap Keli

Bangkai Penyu Laut Tersangkut Pada Jaring Ditemui Di Pulau Hantu, Singapura

SINGAPURA- Seekor penyu laut ditemui mati di perairan berhampiran Pulau Hantu, Singapura pada 15 Mei.

Bangkai penyu itu dilihat terapung di permukaan ombak air yang perlahan.

Menurut The Hantu Bloggers, sekumpulan pelancong melalui perairan itu bagi mencari terumbu karang di pulau itu. Pada mulanya, mereka menyangkakan dua ekor penyu laut sedang mengawan.

Sebaliknya, reptilia yang disangkakan hidup rupanya penyu Hawksbill yang sudah mati.

Wade Pearce, penyelam, menyelam ke lokasi penemuan penyu itu beberapa hari kemudian untuk membuang bangkai itu.

Dilaporkan kepala bangkai itu luka kerana terikat dengan sebuah jaring. Pearce menambah, jaring yang terdampar di laut itu terlalu berat dan dia tak mampu membuangnya.

Penemuan itu juga dikongsikan oleh Cuddlefish Divers di akaun Instagramnya. Sebuah video dimuatnaik memamparkan beberapa orang berada di atas kapal menunjuk kearah bangkai penyu yang terjerat jaring di laut itu.

Bagaimanapun, keadaan bangkai itu amat menyanyat hati apabila lapisan atas cengkarang telah retak dan terkupas.

Mereka yang berada diatas bakal berjaya memotong jaring itu dan membiarkan bangkainya hanyut.

Sumber: mothership

Atiqah Aliah