Siakap Keli

Bekerja 55 Jam Atau Lebih Meningkatkan Kematian Akibat Strok Dan Penyakit Jantung Dalam Kalangan Pekerja

WHO- Waktu kerja yang panjang menyebabkan 745,000 kematian akibat strok dan penyakit jantung iskemia pada tahun 2016.

Kadar kematian meningkat 29 peratus menjelang tahun 2000, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) yang diterbitkan dalam jurnal Environment International semalam.

Menurut laporan WHO dan ILO yang dibuat pada 2000 dan 2026, bahwa 398,000 mati akibat strok dan 347,000 lagi akibat penyakit jantung akibat bekerja sekurang-kurangnya 55 jam seminggu. Peningkatan kematian disebabkan sakit jantung meningkat kepada 42 peratus dan strok pula kepada 19 peratus.

Seterusnya, Kematian pekerja berusia 60-79 tahun yang bekerja selama 55 jam atau lebih setiap minggu sangat tinggi (sewaktu mereka bekerja pada usia antara 45-74 tahun).

Kajian menunjukkan bahawa pekerja yang bekerja 55 jam atau lebih dalam seminggu adalah berisiko tinggi (35 peratus) mendapat strok dan 17 peratus berisiko kematian akibat penyakit jantung berbanding mereka yang bekerja 35- 40 jam semingu.

“Pandemik Covid-19 banyak mengubah cara kerja setiap orang,” kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO.

“Penggunaan telekomunikasi sudah menjadi norma baru di banyak industri. Menyebabkan kekaburan batas antara rumah dan tempat kerja.”

“Di samping itu, banyak perniagaan terpaksa mengurangkan atau menghentikan operasi bagi menjimatkan wang. Mereka yang masih kekal pula terpaksa bekerja lebih masa.”

“Semua pekerjaan mempunyai risiko strok atau penyakit jantung kepada pekerjanya. Kerajaan, majikan mahupun pekerja hendaklah bekerjasama bagi menghadkan masa bekerja bagi melindungi kesihatan semua,” ujarnya.

Sumber: WHO

Atiqah Aliah