Siakap Keli

Berang Kedai Dirompak, Pemilik Kedai ‘Cetak’ Wajah Perompak Pada Biskut & Agih Kepada Orang Ramai

AMERIKA SYARIKAT (AS)- Sebuah kedai roti dan kek menggunakan cara mereka tersendiri bagi membantu polis menangkap perompak.

Pemilik kedai berkenaan memilih untuk mencetak wajah suspek yang merompak kedai mereka pada puluhan biskut.

Canfora Bakery di Wisconsin dilaporkan dirompak pada bulan April lalu. Suspek berjaya memasuki melalui pintu depan dan mencuri wang tunai yang disimpan.

Pemilik, Eric dan Karen Krieg melihat wajah suspek dengan jelas melalui rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premisnya.

Seterusnya, idea tercetus dengan mencetak wajah suspek di atas kertas yang boleh dimakan dan lekatkan kertas tersebut di 100 biskut bagi membantu mereka mencari suspek.

Selepas itu, mereka mengagihkan biskut-biskut itu kepada pelanggan dan orang-orang di komuniti setempat.

Mereka juga memuatnaik gambar biskut yang dibuat ke akaun Facebook rasmi mereka dan menjadi viral.

Seminggu selepas itu, seorang lelaki berusia 45 tahun berjaya ditangkap.

Sumber: Baller Alert

Atiqah Aliah