Siakap Keli

Gagal Dapatkan Ambulans, Ayah Pikul Mayat Anak Atas Bahu Ke Tempat Persemadian

INDIA- Sebuah video memaparkan seorang lelaki membawa mayat anak perempuannya, 11 tahun diatas bahunya dalam perjalanan ke krematorium, menurut laporan Newsweek.

Video mendapat perhatian ramai, rakaman yang memilukan itu seolah-olah menunjukkan betapa sukarnya mereka (rakyat India) mendapat sumber perubatan.

Hindustan Times melaporkan bahawa rakaman video itu diambil di Kota Jalandhar di India Utara.

Dalip Kumar, bapa mangsa, memberitahu kepada media tempatan bahawa Sonu (mangsa) telah mengalami demam dua bulan lalu.

Pada awalnya, dia cuba menyembuhkan Sonu dengan mengambil ubat-ubatan di rumah dan yang dibeli daripada penjual.

Keadaannya tidak membaik, membuatkan Dalip bergegas membawa anaknya ke Hospital Jalandhar. Kanak-kanak itu dirujuk ke Kolej Perubatan Negara (GMC), Amritsar.

Selepas itu, Sonu dimasukkan ke wad pembedahan Hospital Guru Nanak, GMC. Surat akuan yang dikeluarkan oleh hospital menyatakan bahawa “dia diduga menghidap SAIO (penyumbatan usus subakut).”

“Dia sempat dirawat dan mengambil ujian krinikal berkaitan Covid-19 selama beberapa hari. Namun, dia menghempuskan nafas terakhir pada 9 Mei,” ungkap Kumar kepada Times of India.

“Pada malam yang sama, saya membawa mayatnya menggunakan ambulans selepas membayar Rs 2,500 (RM142). Esok harinya, saya menyiapkan proses pembakaran mayatnya dengan tiga batang kayu,” tambah Kumar.

Oleh itu, Kumar menghubungi jirannya bagi meminta bantuan untuk membawanya ke krematorium bagi membuat upacara pembakaran mayat anaknya.

Menurut Hindustan Times, beberapa aspek rawatan perubatan di India seperti ambulans, sukar didapati kerana penularan wabak yang berleluasa di negara ini.

Namun, permintaannya ditolak oleh jirannya yang takut akan penularan Covid-19.

Kumar mengambil keputusan untuk membawa anaknya diatas bahunya bersama anak lelakinya. Jiran-jirannya memberi penghormatan terakhir hanya dari jauh sahaja.

Timbalan Pesuruhjaya Jalandhar, Ghanshyam Thori membuka siasatan berhubung videol viral itu.

Sumber: Newsweek

Atiqah Aliah