Siakap Keli

La Casa De Papel “Part 5” Tamat Penggambaran, Dijangka Tayang Hujung Tahun Ini

Salah satu siri paling popular yang ditayangkan di Netflix, Money Heist a.k.a La Casa de Papel bakal menemui penghujungnya apabila penggambaran musim terakhir siri berkenaan tamat pada Jumaat lepas.

Perkara berkenaan turut dikongsikan oleh Netflix di Instagram.

Melalui perkongsian tersebut, Netflix turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang setia menanti bahagian terakhir siri berkenaan. Malah, pihak Netflix juga tidak sabar untuk berkongsi pengakhiran kisah rompakan yang diketuai The Professor itu bersama-sama para penonton.

Menurut portal India.com, tunjang utama siri berkenaan iaitu The Professor sendiri mendedahkan bahawa Part 5 siri ini dijangkan akan ditayangkan menjelang hujung tahun ini.

Finale Part ini bakal merungkai banyak persoalan yang bermain di minda para penonton, antaranya apakah strategi yang bakal disajikan oleh The Professor kali ini untuk menyelamatkan anggota pasukannya, atau ada diantara mereka yang tertangkap atau terkorban di tangan polis.

Sumber: Netflix, India.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.