Siakap Keli

Lengkap Dengan Gym, Bars & Studio, Ini Keadaan “Shelter” Perlindungan Bom Yang Ada Di Israel

Setiap negara pasti memiliki aset pertahanan sendiri bagi melindungi rakyatnya daripada ancaman musuh sekiranya berlaku peperangan. Selain teknologi persenjataan yang mendominasi ‘kekuatan’, keampuhan pertahanan juga penting dalam membuktikan sejauh mana sesebuah negara itu mampu bertahan.

Seperti yang kita tahu, pergolakan antara Palestin dan Israel sudah lama berlaku sejak dahulu lagi. Tidak perlu diceritakan lagi tentang apakah punca sejarah pertembungan kedua-dua pihak ini.

Akhir-akhir ini pula, berlaku ketegangan yang tercetus antara Gaza dan Israel. Sering dilapor di media-media antarabangsa, kedua-dua pihak masih belum mahu mengibar bendera putih. Letupan roket dan bom saling bergema di langit wilayah masing-masing.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik untuk dilihat dalam situasi tegang ini iaitu soal pertahanan negara. Tahukah anda, Israel yang saiz keluasannya kira-kira 22,145 kilometer persegi itu memiliki lebih daripada 1 juta ‘shelter’ sebagai pusat perlindungan sekiranya diserang?

Gambar: The Guardian
Gambar: The Washington Post
[Keadaan di dalam ‘shelter’ tentera milik Israel yang sudah ditinggalkan, dipercayai terletak di Tebing Barat. Foto: Adam Reynolds]

Selepas melalui fasa Perang Teluk pada 1991, kerajaan Israel menetapkan satu polisi bahawa semua kediaman penduduk, bangunan perumahan, pejabat, pusat komersial dan sebagainya perlu dilengkapi dengan ‘shelter’ atau bilik keselamatan.

‘Shelter’ atau disebut sebagai Merkhav Mugan dibina dalam setiap bangunan, bertujuan menjadi tempat perlindungan sekiranya berlaku sebarang serangan, bencana mahupun ketika perang tercetus.

Difahamkan, ia dibina bersama spesifikasi teknikal khas yang dipercayai mampu kalis daripada sebarang ancaman senjata konvensional, senjata kimia mahupun senjata biologi. Dikatakan dinding dan lantainya dibuat setebal 30 sentimeter, selain turut kalis api dan kedap udara.

Gambar: The Washington Post
[Sistem penapisan udara di Hospital Kecemasan Bawah Tanah Samy Ofer, Tel Aviv. Foto: Adam Reynolds]

Seorang jurugambar dokumentari profesional, Adam Reynolds pernah mengembara di sekitar Timur Tengah untuk menjalankan tugasnya sejak 2007 lalu. Sehinggalah pada 2014, Reynolds memulakan dokumentarinya tentang ‘shelter’ di Israel dengan judul ‘Architecture of An Existential Threat’.

Dalam penggambaran dokumentarinya, banyak sudut dan ruang di dalam ‘shelter’ berkenaan berjaya dirakam. Difahamkan, setiap ‘shelter’ itu mempunyai ruang dan saiz yang berbeza, malah fungsinya pun mengikut keadaan tempat.

Ada ‘shelter’ yang terletak di bawah tanah. Ada juga tempat letak kereta dan garaj bawah tanah yang boleh diubah menjadi ‘shelter’ yang kalis daripada ancaman ledakan bom nuklear.

Tidak kurang juga, bangunan-bangunan sekolah misalnya dibina dengan bahan konkrit yang sangat kuat, dilengkapi dengan tingkap kalis tembakan. Selain itu, di kediaman penduduk pula terdapat bilik kecil yang disebut ‘mamads’ yang menjadi tempat berlindung daripada ancaman roket mahupun serangan senjata bukan konvensional.

Gambar: The Washington Post
[Pemandangan dalam ‘bomb shelter’ untuk orang awam berlindung, dipercayai di Haifa. Foto: Adam Reynolds]

Selain bangunan sekolah dan rumah, polisi mewajibkan kewujudan ‘shelter’ ini juga termaktub untuk semua bangunan lain seperti studio, kelab, pusat aktiviti masyarakat, pusat beli-belah, pasar, sinagog (kuil Yahudi) mahupun masjid.

Perlu diketahui, walaupun ‘shelter’ ini menjadi tempat pertahanan terakhir mereka, itu bukanlah bermakna ia hanya sebuah bilik yang kosong dan gelap. Kebanyakan ‘shelter’ di sana berfungsi seakan bilik atau ruang yang biasa.

Difahamkan, undang-undang kewajiban menyediakan ‘shelter’ di setiap perumahan dan bangunan ini adalah berkuat kuasa di bawah Majlis Keselamatan Israel sebagai langkah berjaga-jaga untuk keselamatan negara.

Walaupun memiliki ribuan ‘shelter’, namun statistik sebenar kesan peperangan yang dilapor dalam media telah menjelaskan segala-galanya. Berikut di bawah adalah rakaman foto-foto ‘shelter’ di sekitar Israel yang dirakam dalam dokumentari Adam Reynolds.

Gambar: The Washington Post
[‘Shelter’ yang juga menjadi pusat aktiviti anak muda dan orang awam, bertempat di Kiryat Shmona. Foto: Adam Reynolds]
Gambar: The Washington Post
[‘Shelter’ di dalam masjid di Universiti Hebrew, Jerusalem. Foto: Adam Reynolds]
Gambar: The Washington Post
[Ruang pejabat Negev Coexistence Forum for Civil Equality yang juga dijadikan ‘shelter’ untuk orang awam. Foto: Adam Reynolds]
Gambar: The Washington Post
[Bilik persidangan yang turut dijadikan ‘shelter’ di Knesset, Jerusalem. Foto: Adam Reynolds]
Gambar: The Washington Post
[Studio kosmetik di rumah penduduk yang dijadikan ‘mamads’ atau bilik keselamatan di Gedera. Foto: Adam Reynolds]
Gambar: The Washington Post
[Pusat gimnasium yang dijadikan ‘bomb shelter’ di Mod’in . Foto: Adam Reynolds]
Gambar: The Washington Post
[Kedai menjual barangan terpakai di Kibbutz Harel . Foto: Adam Reynolds]
Gambar: The Washington Post
Gambar: The Guardian
[Antara kelas di sekolah yang direka khas dengan ketahanan kalis serangan roket di Sderot . Foto: Adam Reynolds]

Sumber: The Guardian / Washington Post / Wikipedia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.