Siakap Keli

Mungkin Nak ‘Ambil’ Duit, Gelagat Lucu Ayam Jantan Pergi Bank Malam-malam Dirakam Netizen Bikin Terhibur

Ayam sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat kita. Ada makanan beresepikan ayam, contohnya nasi ayam. Ada peribahasa tentang ayam, salah satunya bagai ayam berak kapur. Ada juga istilah tertentu menggunakan ayam, iaitu ‘bapa ayam’. Macam-macam lagilah.

Ayam juga selalu dijadikan sebagai haiwan peliharaan di kampung, dijadikan sebagai ‘teman’ yang menjaga kawasan rumah. Selain itu, ayam juga dijadikan haiwan ternakan di ladang-ladang yang membekalkan sumber daging ayam.

Tapi apa yang terjadi pada kali ini memang mencuit hati netizen. Pernah tak anda lihat ayam pergi bank? Ya, itulah yang terjadi seperti yang dikongsikan di laman Facebook Kak Misai ini.

Gambar: Kak Misai

Dalam perkongsian itu, Kak Misai menulis kapsyen yang berbunyi:-

Kiamat dah dekat. Lama dah akak hidup. Inilah kali pertama dalam hidup akak jumpa ayam sabung pergi bank malam-malam macam ni.

Terkena sumpahan agaknya ni kan? Tanjat oboi akak. Kalau tak kena sumpah takkanlah ayam nak tuntut Bantuan Prihatin Ayam kan?

Di bawah ini adalah turutan gambar si ayam jantan ini yang masuk senyap-senyap ke dalam sebuah bank. Lokasi tidak dapat dipastikan di mana.

Gambar: Kak Misai

Perlahan-lahan dia masuk kat pintu.

Gambar: Kak Misai

Usha ke kiri, ok line clear. Takda orang.

Gambar: Kak Misai

Usha ke kanan, line clear..eh ada orang. Terkejut, tak sempat nak jejak kaki kiri dalam bank.

Gambar: Kak Misai

Ok dah siap. Chow dulu.

Terhibur dengan gelagat si ayam ini, ramai netizen tercuit hati dan masing-masing cuba memberi komen seolah-olah situasi sebenar yang dialami ayam ini.

Jom baca apa kata netizen.

Murung sebab PKPD, terhibur baca kapsyen pasal ayam ni.

Mungkin ayam tu nak keluarkan duit tuan dia.

Mungkin ayam kepunyaan Tok Dalang, si Rembo.

Toyol bertopeng ayam.

Takda pengurus, kenalah gerak sendiri.

Sumber: Kak Misai

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'