Siakap Keli

“Pekerja Lebih Penting Daripada ‘Customer'”, Majikan Cuba Semak 7 Formula Ini Kalau Rasa Anda Majikan Terbaik

“Clients do not come first. Employees come first. If you take care of your employees, they will take care of the clients.” – Richard Branson

Pelanggan bukan yang pertama perlu didahulukan. Pekerja yang patut didahulukan. Jika pekerja dijaga, mereka akan menjaga pelanggan untuk anda. 

Pekerja merupakan aset paling penting dalam sesebuah organisasi yang berperanan menentukan hala tuju serta matlamat organisasi itu terlaksana dan tercapai.

Semak tujuh (7) formula ini jika anda merasakan anda majikan yang terbaik.

  1. Meningkatkan kebolehpasaran pekerja anda.
  2. Maklum-jelas/kongsi visi syarikat.
  3. Beri ruang dan platform untuk mereka tingkatkan potensi diri.
  4. Berikan peluang untuk memberikan pendapat.
  5. Mengamalkan sistem komunikasi terbuka.
  6. Mengamalkan prinsip penciptaan dan perkongsian kekayaan bersama melalui Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS) – menggunakan kaedah pembahagian keuntungan yang saling menguntungkan kedua-dua majikan dan pekerja.
  7. Berkongsi insentif, faedah dan bonus secara adil kepada pekerja.

Bagi point no. 6 & no. 7, baik untuk setiap syarikat yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk diperakui sebagai organisasi kemakmuran bersama melalui Sijil Perakuan e-Shared Prosperity Organisation (eSPO).

Apa itu PLWS & eSPO dan manfaatnya untuk syarikat?

Productivity-Linked Wage System (PLWS) ataupun Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti merupakan satu sistem yang mewujudkan hubungan yang lebih rapat di antara upah dan produktiviti atau prestasi pekerja atau syarikat.

Syarikat yang diperakui  sebagai organisasi kemakmuran bersama akan diberikan Sijil Perakuan e-Shared Prosperity Organisation (eSPO), yang menandakan ketiga-tiga komponen utama Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS) telah dipraktikkan sebaiknya.

Sijil Perakuan eSPO ini diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Elemen-elemen PLWS

  • Bonus Bukan Kontraktual – Sistem bonus fleksibel yang ditentukan berdasarkan keuntungan syarikat / prestasi pekerja atau kedua-duanya sekali.
  • Kenaikan Gaji Berasaskan Prestasi – Kenaikan gaji bergantung kepada prestasi pekerja.
  • Bonus Berasaskan Tahap Keuntungan Yang Dicapai – Pemberian bonus bergantung kepada tahap keuntungan yang dicapai oleh syarikat (threshold level).
  • Kadar Per Unit – Bayaran upah adalah berdasarkan kuantiti pengeluaran. Bayaran insentif tambahan diberikan jika pengeluaran melebihi tahap yang ditetapkan.
  • Bonus Kontraktual Dan Bukan Kontraktual – Kombinasi kedua-dua bonus ini dibayar bergantung kepada keuntungan syarikat dan / atau prestasi pekerja.
  • Pencapaian lndividu / Kumpulan – lnsentif diberikan bergantung kepada prestasi pekerja / kumpulan yang dilihat dari segi kuantiti, kualiti dan penggunaan masa oleh pekerja / kumpulan dalam sesuatu proses pengeluaran.
  • Insentif Kedatangan – Insentif diberikan berdasarkan rekod kehadiran pekerja.
  • Caj Perkhidmatan – Caj Perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan akan diagihkan kepada pekerja berdasarkan point system yang ditetapkan. Biasanya diamalkan di sektor perhotelan.
  • Elaun Kemahiran – Elaun diberikan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan tugas.

Faedah pelaksanaan PLWS

  • Pembayaran upah akan diselaraskan mengikut prestasi ekonomi dan mengurangkan impak negatif terhadap majikan & pekerja.
  • Menjamin kestabilan pekerjaan dan mengurangkan risiko berlakunya pembuangan pekerja sewaktu kelembapan ekonomi.
  • Mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua belah pihak.
  • Membolehkan syarikat menyelaras polisi mengikut suasana ekonomi semasa.
  • Memperbaiki pengkhususan kerja mengikut kemahiran dan meningkatkan kerjaya para pekerja dan
  • Meningkatkan motivasi pekerja dan kepuasan bekerja.

Bertepatan tema sambutan Hari Pekerja tahun ini, “Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat”, majikan sewajarnya membantu warga pekerja dalam situasi pandemik yang selama ini mereka telah bertungkus-lumus demi syarikat dengan tiga (3) strategi utama disarankan Perdana Menteri, antaranya;

  • Mengekalkan pekerjaan
  • Melindungi hak pekerja
  • Mencipta peluang pekerjaan

PLWS ini jika dilaksanakan sebaiknya ia memberi kesan yang positif dan mewujudkan keharmonian diantara pekerja dengan majikan.

Sistem ini boleh meningkatkan kepuasan bekerja kepada pekerja apabila upah yang diperoleh selaras dengan peningkatan produktiviti dan prestasi syarikat.

Setakat hari ini hampir 5 juta pekerja telah mendapat faedah daripada pelaksanaan PLWS.

Berikan situasi menang-menang untuk anda dan pekerja anda. Jangan lokek untuk memberi kerana anda juga mahukan sesuatu daripada pekerja anda bukan?

Daftarkan syarikat anda secara dalam talian melalui  http://www.mpc.gov.my/espo/ dan anda akan diperakui serta-merta jika memenuhi tiga (3) komponen utama yang ditetapkan.

Ikuti FacebookYoutube PLWS untuk maklumat lanjut.

Nur Farra