Siakap Keli
Gambar: BBC

Sekurang-kurangnya 16 Terbunuh Taufan Tauktae Membadai India

NEW DELHI, 18 Mei (Bernama) — Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan kira-kira 120 orang masih hilang di beberapa negeri di India selepas ribut taufan Tauktae membadai pantai barat negara itu, lapor Agensi Berita Sputnik memetik media nasional pada Selasa.

Menurut India TV, negeri Karnataka merupakan yang paling teruk dilanda taufan dengan lapan kematian dilaporkan. Dua maut ketika kapal tunda mereka terbalik di laut.

Sebanyak 121 kampung di tujuh daerah Karnataka turut terjejas akibat taufan.

Sementara itu, Ketua Menteri Goa Pramod Sawant berkata ribut itu telah mengorbankan dua orang.

Di tempat lain di India, enam penduduk Maharashtra maut dalam kejadian berasingan dan tiga pelaut masih hilang setelah dua kapal karam di laut pada awal pagi.

Pada masa sama, Jabatan Meteorologi India mengeluarkan amaran merah untuk daerah Rajasthan yang berdekatan dengan Gujarat.

Tentera Laut India masih meneruskan pencarian 127 orang, yang berada di dalam kapal yang tenggelam kira-kira 175 kilometer dari Mumbai. Kapal itu membawa 273 penumpang di dalamnya, 146 daripadanya berjaya diselamatkan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.