Siakap Keli

Seram, Kelibat Seakan ‘Wanita Bersanggul Misteri’ Terpacak Di Belakang Tiga Sekawan Bikin Meremang

Seorang wanita di Singapura telah berkongsikan satu gambar menyeramkan ke dalam satu group Facebook.

Menerusi perkongsian gambar tersebut, dia menyatakan bahawa dia telah keluar bersama dengan kawan-kawannya untuk menyambut Tahun Baru di VivoCity pada tahun 2012.

Salah seorang daripada rakannya telah mencadangkan untuk menangkap gambar di laluan pejalan kaki yang terletak di Sentosa.

Wanita tersebut pada awalnya telah keberatan, kerana dia “pernah mendengar cerita untuk tidak mengambil gambar secara bertiga.” (Ada kepercayaan tahyul bahawa mengambil gambar bertiga akan terkena sumpahan, dengan kepercayaan bahawa individu yang berada di tengah akan mati terlebih dahulu.)

Wanita itu turut menyatakan bahawa dia mengalami mimpi buruk hampir setiap hari ketika dia masih muda sehinggalah dia berpindah rumah, yang menjelaskan bahawa mengapa “dia sangat-sangat takut dengan hantu” dan cerita tahyul.

Kerana tidak mahu mengecewakan rakan-rakannya, dia akhirnya akur dan mengambil gambar bersama rakan-rakannya.

Mereka mengambil beberapa gambar, dan kemudiannya berkongsikannya ke dalam group WhatsApp mereka.

Kesemuanya tampak normal sehinggalah salah seorang daripada rakannya mencerahkan gambar tersebut seminggu kemudian kerana mahu berkongsikannya di laman Instagram. Pada ketika itu, mereka telah mendapati bahawa terdapat sesuatu yang agak menyeramkan.

Wanita berkenaan menyatakan bahawa terdapat “kelibat wanita” sedang berdiri di belakangnya (individu yang berada di tengah), dengan rambut sanggul.

Gambar tersebut tidak disunting, ujarnya, semasa dia melihat semula gambar asal tersebut untuk mencerahkannya.

Walaupun dia percaya bahawa semua rakannya telah memadam gambar itu, dia telah menyimpannya “untuk suka-suka”.

Ramai warganet yang telah mencuba mencerahkan gambar tersebut untuk membuktikan kebenarannya.

Seorang warganet menyatakan bahawa kelibat tersebut tampak seperti “Sami Thailand”.

Sebilangan daripadanya menyatakan bahawa ianya hanyalah kesan refleksi daripada persekitaran.

Sumber: Mothership

Aqmal Ezany

I write what is right