Siakap Keli

(Video) 1,000 Botol ‘Lesap’ Dalam 10 Saat & Bunyi “Noti” Masuk Tak ‘Berhenti’, Khairulaming Dedah Kenapa Sambal Nyet Berapi Asyik Tiada Walau Dah “Refresh”

Chef online yang cukup terkenal dengan tagline “Hey whatsup guys..ok jom kita start”, Khairulaming kan ada jual Sambal Nyet Berapi di Shopee. Kalau siapa yang rajin ‘follow’, mesti tahu betapa mencabarnya nak dapatkan sambal ‘power’ ni walaupun hanya sebotol.

Asal baru nak order, tup tup sudah hilang di pandangan. Asalkan terlewat sikit, terus hilang dan ‘sold out’. Sudahnya, terngangalah kejap sambil bersabar dan menunggu waktu jualan yang seterusnya.

Sabar teman-teman. Khairulaming bukan tak ‘restock’ yang baru lepas jualan sebelumnya tu dah habis. Malah ada yang mengadu, bila mereka ‘refresh’ balik page Shopee tu, masih tak nampak kat mana sambalnya.

Justeru semalam, Khairulaming rakam satu video demonstrasi macam mana dia hadapi situasi menerima tempahan dalam sistem Shopee. Bayangkanlah, 1,000 botol sambal yang tersedia boleh lesap sekelip mata hanya dalam 10 saat je. Jom tengok video ni.

Dah tengok kan? Kalau tak refresh tu silap-silap memang tak sempatlah nak tahu sambalnya ada atau tidak. Lihat sajalah kat skrin telefonnya, notification yang masuk menderu-deru meriahnya. Ni kalau telefon yang ‘biasa-biasa’ ni silap-silap boleh ‘hang’ terus.

Begitulah penjelasan terkini Khairulaming mengenai ‘di sebalik tabir’ jualan Sambal Nyet Berapinya. Bagi siapa yang dah berjaya beli, Alhamdulillah. Rezeki. Bagi yang belum berpeluang, cuba usaha lagi.  InsyaAllah adalah tu rezeki nak datang.

Sumber: Khairulaming

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'