Siakap Keli
Gambar: Tribunnews.com

(Video) Dituduh Pagar Rumah ‘Makan Jalan’, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan, Siap Tolong Perbesarkan Jalan

Kisah seorang lelaki yang dituduh bahagian pagar hadapan rumahnya makan jalan telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsikan oleh akaun TikTok yang bernama @iky_jay.

Dalam video tersebut, akaun @iky_jay telah membalas komen yang diajukan daripada warganet.

Warganet tersebut menyatakan bahawa pagar lelaki itu dibina secara rakus sehingga memakan laluan jalan.

Perkara itu dapat dilihat daripada jalan yang semakin mengecil disebabkan oleh pagar rumah lelaki tersebut.

Kecewa kerana dituduh sebegitu, lelaki tersebut segera memberikan penjelasan yang sebenarnya.

Dia menyatakan bahawa kisah berkenaan pagar rumahnya itu tidaklah seperti apa yang disangkakan warganet.

Sebenarnya, jalan di hadapan rumahnya itu memang sempit, namun dia menekankan bahawa pagar rumahnya itu tidak memakan jalan tersebut.

Kemudian, ayahnya telah melebarkan jalan tersebut dengan menambah tar di pinggir jalan itu.

Walau bagaimanapun, kedudukan tar tersebut telah membuatkan pagar rumahnya kelihatan seakan memakan sebahagian jalan.

“Sebenarnya jalan ni memang sempit, inilah yang ayah saya buat, yang ni pun ayah saya yang buat,” jelas pemilik akaun TikTok tersebut sambil menunjukkan jalan.

Secara tiba-tiba, video penjelasan itu segera menjadi tular dan mendapat pelbagai komen di media sosial.

Sehingga hari Isnin, video tersebut telah ditonton lebih dari 9 juta kali.

Ramai warganet yang memberi sokongan terhadap penjelasan lelaki itu.

Namun, sebilangan warganet masih terus menghujani kritikan berkenaan dengan pagar rumahnya itu.

The real ‘jalan bapak kau’,” ujar seorang warganet.

“Itulah susahnya jadi orang baik, dah buat jalan pun masih lagi dikatakan jahat,” kata warganet lain.

“Kalau tidak tahu apa-apa, lebih baik diam sahaja,” tulis seorang warganet.

@iky_jay

Balas @masprasetya udah ya ! #fyp #fypシ

♬ original sound – IKY_JAY – IKY_JAY

Sumber: Tribunnews.com

Aqmal Ezany

I write what is right