INDIA- Siklon Tauktae berkelajuan 175 km/jam dilaporkan di pantai barat Gujarat malam tadi.
Beberapa kawasan terkena hempiasan juga, dilaporkan pokok dan tiang elektrik tumbang. Salah satu bandar yang paling teruk adalah Una di Gir Somnath yang mengakitkan bangunan runtuh.
Oleh itu, Institut Pengurusan Pembangunan (IMD) telah mengesahkan ribut yang “parah” itu semakin berkurangan dan lemah.
Selain itu, IMD juga meramalkan banyak daerah akan menerima hujan lebat hari ini.
Umumnya, pantai barat India sering dilanda taufan yang luar biasa. Bagaimanapun, terdapat perubahan iklim menyebabkan taufan menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya.
India kini bukan sahaja dilanda ribut Taufan Tauktae, malah mereka dilanda ribut wabak Covid-19 yang serius.
sumber: Newsflare