Siakap Keli
Gambar: Sahabat Surga

(Video)”Happy Ending,” Padah ‘Berjoget’ Ketika Memandu, Tak Pasal-Pasal Kereta Terjun Dalam Air

Dipercayai kerana terlalu ghairah berhibur di dalam kereta, beberapa remaja berhadapan detik cemas apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam air dalam satu kejadian di Pantai Sedari, Jawa Barat.

Berdasarkan video dikongsikan Sahabat Surga, kelihatan dua remaja lelaki yang berada di tempat duduk hadapan sedang asyik berjoget sambil mendengar lagu yang dipasang di dalam kereta.

Video itu diakhiri situasi selepas kenderaan itu terbabas dan dimasuki air sementara para penumpang menyelamatkan diri dengan bantuan penduduk setempat.

Remaja berkenaan turut sempat menitipkan pesanan buat orang ramai melalui video tersebut.

“Tolong jadikan pengajaran ya untuk kita semua. Kalau berjoget jangan terlalu ghairah,” tulisnya di akhir video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga)

Jadi pengajaran buat semua

Nak angkat macam mana ni

Banyakkan doa

Sumber: Sahabat Surga

Amira

Love yourself.