Bahan mentah seperti ayam atau daging atau makanan frozen kita sering letakkan di freezer peti ais. Tetapi rauang freezer selalu dipenuhi gumpalan atau bungaan ais yang menyukarkan kita untuk mengambil bahan yang disimpan.
Kompas.com mendedahkan beberapa tips mudah bagi membersihkan bunga ais tersebut yang dilaporkan oleh Trijun.
- Letakkan periuk kecil yang berisi air panas
Cara pertama ini, anda perlu merebus air di dalam periuk ini. Setelah masak, letakkan periuk di dalam freezer beralaskan kain agar tak merosakkan bahagian lain.
Setelah itu, tutup freezer dan biarkan selama 30 minit dan lebih baik jika tukar ais panas setiap 10 minit.
- Kain Panas dengan isopropanol (alkohol isoropil)
Rendam kain ke dalam air yang mendidih kemudian titiskan isopropanol.
Seterusnya, perahkan kain dan gosok pada permukaan bunga ais di dalam freezer anda. Namun, ianya lebih berkesan bagi bunga ais yang nipis sahaja.
- Sudip besi yang dipanaskan
Sudip besi menjadi bahan yang paling mudah dicari di dapur anda. Anda hanya perlu panaskan sudip besi diatas api dan kemudiannya tekapkan sudip pada bunga ais dan kemudian bunga ais akan mencair.
- Gunakan kipas angin
Anda hanya perlu buka pintu freezer dan letakkan kipas angin dihapannya.
Cara ini membantu pencairan bunga ais kerana kipas angin berfungsi memberikan udara yang hangat ke dalam freezer.
- Hair Dryer
Jika terdapat hair dryer dirumah, anda boleh menggunakannya bagi mencarikan bunga ais yang menempel pada permukaan freezer anda.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu panaskan hair dryer dan arahkan pada bunga ais di dalam freezer.
Sumber: Trijun